KUMPULAN Nico G menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) pertama yang tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung malam tadi.
Bertemakan "Segalanya Ku Terima", Nico G yang menyanyikan lagu "Manis" (Zainal Abidin) hanya mampu menerima markah 50.1%, berbanding bintang lain.
Persembahan bintang pada konsert ketiga dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula Datuk AC Mizal.
Berikut merupakan markah penuh peserta:
Nikki (Semalam) -84.8%
Alif Aziz (Kasihnya Laila) -83.9%
Adibah (All I Ask) -81.3%
Suki Low (Badarsila) -78.6%
Sa.Ya (Better Man) - 73.7%
Aweera (Boneka) -71.5%
Upiak (Retak) -61.3%
Bandi (Nak Dara Rindu) - 60.1%
Shidee (Blue Suede Shoes) -58.3%
Ani Mayuni (Hadirlah Kekasih) -58.1%
Azan Scan (Ini Rindu) - 54.8%
Fazley (Yang Sedang- Sedang Saja) - 54%
Nico G (Manis) - 50.1%
Terdahulu, di awal konsert Aweera diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA).
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Dec 05 2021

Kumpulan Nico G (tengah) menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) pertama yang tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung malam tadi. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aliff Aziz juara GV8
Aliff Aziz membawakan lagu Sampai Syurga dan berduet dengan Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova serta di pusingan Battle pula berentap dengan Aweera membawakan lagu Bangun.

'Satu Bosnia sokong' - SA.YA dapat sokongan daripada peminat luar?
Apek turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima sokongan daripada peminat dari negara berkenaan.

GV8: Fazley Yaakob peserta kedua tersingkir
Fazley menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus.

Peroleh markah tercorot, Nico G bintang GV8 pertama tersingkir
Persembahan bintang pada konsert ketiga dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, dan Hetty Koes Endang.

GV8: Juri 'istiqamah' bersama Aliff Aziz, kekalkan kedudukan nombor 1 anak Singapura
Penyanyi sensasi lagi kontroversi asal Singapura, Aliff Aziz muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan.

GV8: Tiada penyingkiran, 13 bintang tunjuk sengat masing-masing dalam minggu pertama
Permulaan pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berlangsung dengan rancak apabila tiada penyingkiran dilakukan pada malam Ahad.