KUALA LUMPUR:Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri.
Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mendapat perkembangan mengenai kerjaya seninya.
Antara lain, penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berhubung dengan peminat dan mengadakan persembahan atas talian.
”Iman akan guna beberapa platform sosial media yang Iman ada. Iman akan berhubung dengan semua peminat di Instagram, dan Iman akan buat challenge di TikTok. Kita tahu TikTok memang ramai guna untuk melepaskan tekanan semasa PKP ni,” katanya.
Walaupun sedih dengan keadaan ketika ini tetapi ia tidak menjatuhkan semangat Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang seni.
“Memang sedih, tak dapat jumpa orang, kalau kita menyanyi kita nak tengok wajah dan reaksi orang. Tapi tu tak menghalang saya untuk berinteraksi dengan peminat dan pengikut saya. Saya gunakan Instagram, TikTok dan Twitter. Kadang-kadang Iman buat ‘Live” dekat Instagram bagi berinteraksi dengan peminat,” katanya.
Tambah Iman, ada beberapa persembahan yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan kerana perlaksanaan PKP Ketika ini.
Dalam pada itu, Iman berkata bahawa rakan-rakan seangkatan dengannya turut berkongsi rasa yang sama berdepan keadaan ini.
“Saya ada bercakap dengan Yonnyboii dan Azzam Sham ketika sama-sama melakukan sesi foto Bersama tempoh hari, bahawa memang sukar, nak jumpa orang dan rekod lagu memang susah. Kalau buat persembahan pun tak ada penonton di hadapan, tak seronoklah kata mereka,” cerita Iman ketika ditemubual dalam program Selebriti Selasa di AWANI Pagi.
Dalam masa yang sama, Iman juga akan melancarkan single terbaharunya pada Mac ini selepas hits pertamanya Teman, yang juga akan dibawa dengan cabaran tarian TikTok.
Azyyati Ahmad
Tue Jan 26 2021

Iman dijadualkan akan melancarkan single terbaharunya pada Mac ini. Foto Instagram/@imantroye

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Fesyen, muzik bergabung di konsert mini XO House X High Cultured
Konsert mini XO House x High Cultured berlangsung penuh tenaga di Bentley Music Auditorium, dihadiri oleh hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam yang penuh bertenaga.

Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.

Belajar dalam talian percuma dan berkesan
Pelajar Tingkatan Satu hingga Lima boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan boleh belajar secara -live- mengikut jadual yang ditetapkan.

Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Kalau betul apa salahnya.

COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'
Iman yang popular dengan lagu "Teman" telah dikecam teruk oleh netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan situasi berkenaan.

Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar
belum sampai sebulan diperdengarkan kepada peminat, lagu ciptaan Ezra Kong itu sudah mendapat hampir 7 juta tontonan di laman sosial YouTube.

PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.