KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang legenda, Datuk M. Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada Isnin.
"Mendoakan Allahyarham diampuni rohnya dan diberi tempat yang terbaik di sisi-Nya.
"Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran tingkat tinggi kepada keluarganya. Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air," katanya dalam hantaran di Facebook.
Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Jepun sejak 15 Dis lepas antara lain bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebook menyifatkan pemergian penyanyi legenda itu adalah suatu yang mengejutkan dan tiada galang ganti.
Ahmad Zahid berkata, Allahyarham yang merupakan anak jati Bagan Datuk, Perak itu mempunyai karya seni yang bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat di daerah itu, tetapi juga di seluruh negara.
"Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Datuk M. Daud Kilau yang cukup berbakat dan berjiwa besar.
"Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.
Terkenal dengan jolokan Raja Gelek Malaysia dan pelantun lagu Cek Mek Molek, M. Daud Kilau, 85, atau nama sebenarnya Mohd Daud Kilau disahkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak kira-kira 4.40 petang Isnin oleh cucunya, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang legenda, Datuk M. Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada Isnin.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Mengenang M. Daud Kilau: “Saya akan rindu nyanyian atuk dan panggilan Cek Mek Molek” - Cucu
Norhasliyana mengimbas kenangan setiap kali berbual di telefon, Allahyarham datuknya pasti akan menyanyikan lagu Cek Mek Molek.

Mengenang M. Daud Kilau: Suasana hiba, sayu selubungi Masjid Tuminah Hamidi
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Jenazah M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi
Jenazah seniman M. Daud Kilau akan dikebumikan di Kampung Sungai Baroh selepas solat Zohor.

PM Anwar utus takziah kepada keluarga M. Daud Kilau
Datuk Seri Anwar rakam penghargaan kepada Allahyarham M. Daud Kilau kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air.