PENYANYI Ernie Zakri tidak menolak elemen populariti merupakan antara perkara yang penting dalam sebuah pertandingan nyanyian.
Menjadi guru vokal kepada bintang Big Stage, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui semua peserta mempunyai bakat tersendiri.
"Selain bakat, faktor populariti turut memainkan peranan dalam sesebuah pertandingan nyanyian.
"Apa yang penting, mereka harus berusaha mencari kedua-dua perkara tersebut," kata Ernie.
Dalam pada itu, Ernie turut meluahkan rasa sedih apabila Andi Bernadee tersingkir pada konsert minggu ketiga yang lalu.
Menurut Ernie, dia telah mengajar kesemua peserta itu lebih daripada tiga minggu.
"Saya telah mengajar mereka lebih tiga minggu dan merupakan antara yang rapat dengan mereka.
"Saya berasa sangat sedih kerana tidak menjangkakan Andi yang akan tersingkir kali ini," katanya.
Tambah penyanyi lagu Misteri, Andi seorang penyanyi yang berbakat besar selain mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam pertandingan ini.
"Andi mempunyai bakat yang besar dan saya jangkakan dia merupakan salah seorang peserta yang akan mara ke peringkat akhir.
"Saya nampak usaha keras dia dalam melakukan sesuatu," katanya kepada Gempak.
Gempak
Thu Aug 23 2018

Menjadi guru vokal kepada bintang Big Stage, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui semua peserta mempunyai bakat tersendiri.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Andi Bernadee disihir, paku karat, katak kering 'dihantar' kepadanya
Penyanyi Andi Bernadee dedah dirinya menjadi mangsa sihir, tidak boleh tidur malam, meraung dan memekak sekuat-kuatnya.

Big Stage Unplugged bakal tiba!
Ha, tidak lama lagi anda bakal menyaksikan Big Stage Unplugged yang dikuasakan oleh Hotlink RED.

"Populariti juga penting dalam pertandingan nyanyian" - Ernie Zakrie
Penyanyi Ernie Zakri tidak menolak elemen populariti merupakan antara perkara yang penting dalam sebuah pertandingan nyanyian.
.jpg)
Big Stage: "Afieq Shazwan ada kelebihan sebab ....." - Tajul
Bintang rancangan realiti Big Stage, Tajul mengakui risau dengan kelebihan yang ada pada penyanyi Afieq Shazwan.