TANPA mengakui atau menafikan dirinya telah mempromosikan salah satu bisnes aset digital, wang kripto, Kim Kardshian membayar denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sebanyak RM5.8 juta.
Selebriti itu didapati bersalah mempromosi perniagaan kripto EthereumMax dalam satu muat naiknya di Instagram.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat mendenda Kim setelah dia gagal mendedahkan dirinya dibayar sebanyak RM1.1 juta untuk memuat naik kandungan yang tidak sepatutnya itu.
Selain membayar denda, Kim juga bersetuju untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang proses siasatan berjalan.
“Kes ini adalah satu peringatan buat selebriti atau influencer agar tidak menjalin kerjasama atau mengambil kesempatan mendapat wang mudah dengan memuat naik kandungan seperti aset digital kripto.
“Ini kerana tidak semua pelabur sesuai dengan produk seperti ini dan ia memberi risiko besar terhadap pelaburan yang dibuat,” ujar wakil Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, Gary Gensler seperti dilaporkan CNN.
Dalam laporan sama, Kim juga bersetuju untuk tidak mempromosikan sebarang perniagaan yang berkaitan selama tiga tahun.
“Kim memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang siasatan sehingga denda dijatuhkan kepadanya. Dia juga dengan senang hati akan memberi kerjasama terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” ujar Gensler lagi.
Kim adalah salah seorang manusia dengan pengikut terbanyak di Instagram. Dia memiliki seramai 331 juta pengikut di akaun rasminya, @kimkardashian. -- Gempak
Gempak
Wed Oct 05 2022

Selain membayar denda, Kim juga bersetuju untuk tidak mempromosikan sebarang perniagaan yang berkaitan selama tiga tahun.- Gambar fail/ETX Studio
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.

Kes 1MDB: Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian disiasat FBI
DiCaprio dedah berkenalan dengan Jho Low di kelab malam dan wang disalur didakwa daripada 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi.

Promosi wang kripto, Kim Kardashian bayar denda RM5.8 juta
Kim Kardshian membayar denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sebanyak RM5.8 juta.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Kanye West mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah
Pasangan Hollywood Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah

Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe
Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.

Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak

Ada apa, Kim Kardashian boikot Facebook, Instagram?
Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian West mengumumkan untuk memboikot Instagram dan Facebook selama 24 jam.

'Keeping up with the Kardashians' berakhir selepas 20 musim
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.

Penyanyi rap Kanye West rebut jawatan Presiden Amerika?
West pernah beberapa kali bercakap tentang mahu mencalonkan dirinya sebagai presiden sebelum ini.