"INSYA-ALLAH boleh selesai semua, doakan... harapnya semoga kita berpisah," kata ringkas Puteri Sarah Liyana ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof pagi tadi.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakilinya Datuk Akberdin Abd Kader memberitahu perbicaraan yang berlangsung hari ini dijangka menjadi penutup untuk kes perceraian pasangan tersebut.
"Hari ini adalah perbicaraan untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga status permohonan cerai baru.
"Insya-Allah besar kemungkinan kita akan selesaikan semua sekali hari ini," ujarnya.
Jelasnya, pihak mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu mengenai dakwaan dua lafaz cerai terdahulu sebelum meneruskan kepada permohonan yang baharu.
"Namun, sebelum pergi kepada permohonan lafaz cerai yang baharu, kita kena selesaikan pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa sebelum ini.
"Selagi dua benda itu belum selesai, mahkamah tidak boleh teruskan ke lafaz cerai baharu sebab nak tahu sudah berapa kali perkara itu dilakukan," katanya lagi.
Tambahnya, pengesahan lafaz cerai juga bergantung di tangan suami iaitu Syamsul yang juga pengarah Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dan pihak mahkamah perlu mendengar hujah mengenainya.
"Ada beberapa persetujuan yang sudah dicapai dan akan usulkan kepada mahkamah.
"Jadi, semuanya bergantung di tangan suami jika dia nak setuju atau tidak. Kalau suami kata tak pernah berlaku, hakim kena dengar perkara itu," ujarnya lagi.
Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.
Jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.
Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.
Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.
Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.
Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. - Gempak
Gempak
Wed Jun 14 2023
Perbicaraan yang berlangsung hari ini dijangka menjadi penutup untuk kes perceraian pasangan tersebut. - Gambar/ Gempak
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai!
Isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai setelah kes perceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof berakhir.
Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia
MESKIPUN tidak lagi bersama, pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap mendoakan jodoh yang terbaik buat bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana kelak.
Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul
Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Mat Kilau itu mengesahkan bahawa, isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.
Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, reda apabila dia kini sah sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof
Kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah
Pelakon Puteri Sarah tidak berfikir panjang apabila pihak produksi menawarkannya untuk memegang watak seorang perampas suami orang dalam siri terbaharu Hijrah Jannah.
Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini
Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
"Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah" - Syamsul Yusof
Syamsul sedia maklum hati ibunya terluka, namun, sebagai anak rasa hormat dan sayang pada wanita itu tidak pernah pudar.
Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar
Dengan situasi yang berlaku antara dia dan isteri pertama, Puteri Sarah ketika ini, ia bukanlah masa sesuai untuk anak-anaknya itu berjumpa dengan Ira.