Kata Afgan, pelancaran album ini merupakan satu hadiah buat peminat-peminatnya dengan kualiti audio yang lebih baik.
“17 tahun lalu, saya telah melancarkan Confession No. 1, album yang membuka banyak pintu dan mempertemukan saya dengan anda semua. Jadi di hari kasih sayang ini saya mahu memberi hadiah untuk anda semua iaitu Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition.
“Selamat menikmati semula lagu-lagu ini dengan kualiti audio terbaik,” katanya.
Pada masa sama, Afgan juga berkongsi bahawa dua buah muzik video lagunya iaitu Terima Kasih Cinta dan Sadis juga telah ditambah baik.
“Muzik video Terima kasih Cinta dan Sadis juga sudah boleh ditonton dengan resolusi 4K.
“Terima kasih sudah menjadi sebahagian dari perjalanan ini selama 17 tahun, sama-sama terus ya,” ujar Afgan di ruangan kapsyen.
Sekadar info, Afgan telah melancarkan album Confession No. 1 pada tahun April 2008.
Ini merupakan album pertama Afgan dan antara lagu yang popular menerusi album tersebut adalah Terima Kasih Cinta, Tanpa Batas Waktu, Klise dan Padamu Ku Bersujud. -- Gempak
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)