Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi meminta agar pelakon baru, Adam Davin menyerah diri kepada pihak polis dan berhenti menjaja namanya demi tujuan peribadi.
Penerbit itu mengakui kesilapannya sendiri kerana terlalu mudah mempercayai kata-kata orang yang baru dikenali.
Mula berinteraksi di laman sosial Instagram, perkenalan penerbit itu dengan Davin bermula apabila Davin mengatakan yang dia ingin melabur dalam filem terbaru terbitannya, "Anak Ikan".
Davin turut mendakwa dia ialah anak kepada hartawan pemilik sebuah gedung kain dan berhasrat menjadi pelakon utama.
Beberapa kali dihimpit kontroversi, penerbit filem “…Dalam Botol” itu kesal sifat terbukanya menjadi sasaran penipu.
Sudah pun membuat laporan polis berhubung kes penipuan itu, Raja Azmi juga sempat menjejaki beberapa mangsa lain.
Nurazziantie Md Shukri ditipu sebanyak RM1,500 kerana ingin membeli telefon pintar iPhone dengan harga lebih murah yang dijual Davin.
Raja Azmi ditemui semasa majlis sidang media memperjelaskan kontroversi Adam Davin yang berlangsung di Ampang.
Davin juga dilaporkan membuat laporan polis mendakwa difitnah penerbit itu.
Astro Awani
Thu Jun 06 2013


Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Adam Davin lapor polis, difitnah Raja Azmi
Pelakon baru, Adam Davin membuat laporan polis mendakwa difitnah oleh Raja Azmi.