VOKALIS Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah mengambil keputusan untuk berkahwin bukan kerana baru sahaja menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) tetapi kerana sudah lama mengenali isterinya yang juga vokalis kumpulan Margosa, Resya Ab Rahman.
Menurut Nazrin, 32, dia tidak kisah menamatkan zaman bujang biarpun nama kumpulannya kini menjadi sebutan.
“Alhamdulillah saya sudah 10 hari bergelar suami, awal perkenalan saya bersama isteri pun atas dasar kerja di mana dia juga seorang pemuzik.
“Ada orang cakap saya nak cepat-cepat kahwin sebab baru lepas menang AJL tapi sebenarnya saya nak cepatkan apa yang boleh sebab kami pun dah kenal selama enam tahun. Jadi apa salahnya kita cepatkan.
“Lagipun saya mahu peminat mengenali saya bukan sebab diri saya tetapi lebih kepada karya-karya kami,” ujarnya kepada Gempak.
Nazrin ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Fenix360 yang diadakan di Bobo, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pasangan yang sebelum ini bertunang pada Oktober tahun lalu melangsungkan pernikahan pada 14 Mei di rumah pengantin perempuan di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat dan bakal bersanding pada bulan depan.
Pernikahan yang diwalikan sendiri oleh bapa Resya, Ab Rahman Mohd Yassin turut menyaksikan Nazrin menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,000 dan sebentuk cincin emas buat isterinya.
Mengulas kisah perhubungan mereka berdua, Nazrin atau Raja Nazrin Shah Raja Azaham mengenali isterinya pada tahun 2016 menerusi Twitter.
“Resya yang juga merupakan artis indie ketika itu menulis di Twitter miliknya yang dia sedang mencari pemain cello untuk projek muziknya dan ada rakan yang memaklumkan kepada saya.
“Apa yang buat saya tertarik dengan Resya ialah dia jadi dirinya sendiri, langsung tidak ‘control ayu’ macam sesetengah perempuan lain membuatkan saya selesa dengannya.
“Saya tidak pernah meletakkan kriteria calon isteri sebagai orang seni juga, semua itu adalah jodoh.
“Tiada lagi perancangan berbulan madu, apa lagi memikirkan untuk menambah ahli keluarga. Biar kami selesaikan dulu apa yang patut,” ujarnya yang kini sibuk melakukan persiapan dan promosi konsert SOG iaitu Sekumpulan Orang Gila Showcase pada 11 Jun ini di Auditorium Bentley Music, Wisma Bentley, Petaling Jaya.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue May 24 2022

Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 14 Mei di rumah pengantin perempuan di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya. - Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Raja Nazrin SOG nafi cepat kahwin kerana menang AJL
Menurut Nazrin, dia tidak kisah menamatkan zaman bujang biarpun nama kumpulannya kini menjadi sebutan.

Sultan Nazrin tunai wasiat Almarhum ayahanda
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah malam tadi menunaikan wasiat ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah Maghfullah dengan merasmikan sebuah masjid.

Merangka formula perpaduan baru
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, dinamik politik yang sedang berlaku hendaklah dijadikan cermin wajah negara sebenar yang merentasi usia 56 tahun.