KUALA LUMPUR: Mesej ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh membanjiri media sosial hari ini selepas pelakon kelahiran Malaysia itu memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem drama komedi Everything Everywhere All at Once pada majlis berprestij Anugerah Akademi ke-95.
Semua lapisan masyarakat menitipkan ucapan dan kata-kata pujian kepada pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu yang menjadi wanita Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi yang diadakan di Dolby Theatre di Ovation Hollywood, Los Angeles pada Ahad.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri yang menyertai ibu Yeoh, Datin Janet Yeoh menonton majlis anugerah itu secara langsung, turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Kasih ibu tiada batasnya. Saya menyaksikan momen Janet Yeoh mendengar anaknya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak utamanya, pagi ini.
"Detik yang sangat menyentuh hati," katanya dalam Facebook beliau.
Ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata Yeoh mencipta sejarah dalam dunia hiburan apabila merangkul anugerah berprestij itu.
"Tahniah! Beliau juga menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan dan menang dalam Anugerah Akademi. #proudmalaysian ," katanya dalam Facebook.
Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pula berkata dengan kerjaya lakonan yang menjangkau empat dekad, Yeoh menjadi ikon yang memberi inspirasi dengan ketabahan dan keazamannya.
"Terima kasih kerana memecahkan halangan dan membanggakan kami rakyat Malaysia Tan Sri," katanya.
Turut mengucapkan tahniah ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, pelakon dan model Amber Chia, Nasha Aziz dan Sangeeta Krishnasamy serta pelakon Henley Hii.
Antara netizen yang meluahkan reaksi mereka dalam media sosial ialah @PaanAriff dengan ciapan Twitter "Sangat bangga bahawa beliau mencipta nama di luar Malaysia, anda memang layak," dan @jonathan yang berkata "TSMY tahniah kerana terus melakar Malaysia di peta".
@Stephenson Decruz menulis "Anda berjaya, satu kebanggaan buat kami juga rakyat Malaysia. Impian kami untuk melihat anda bersinar di Hollywood menjadi kenyataan. Malaysia Boleh".
Dalam pada itu, ucapan Yeoh pada majlis itu turut menarik perhatian rakyat Malaysia.
"Saya mendedikasikan anugerah ini kepada beliau (ibu Yeoh). Beliau sedang menonton di Malaysia, KL, dengan keluarga dan rakan saya.
"Saya sayang kamu semua. Saya akan bawa pulang trofi ini ke tanah air untuk anda," katanya.
Sejak membintangi beberapa filem Hong Kong pada 1990-an, Yeoh, bekas ratu cantik itu melalui perjalanan berliku untuk bergelar bintang antarabangsa. Beliau telah berlakon dalam pelbagai filem menerusi pelbagai watak dan dicalonkan serta memenangi banyak anugerah.
Lakonan awalnya dalam filem Inggeris termasuk filem Bond Tomorrow Never Dies (1997) menerima pujian antarabangsa dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) membawanya kepada pencalonan dalam British Academy Film Awards (BAFTA).
Pelakon berusia 60 tahun itu turut membintangi filem romantik komedi Crazy Rich Asian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Beliau telah berlakon dalam pelbagai filem menerusi pelbagai watak dan dicalonkan serta memenangi banyak anugerah. -Foto AP

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Filem 28 Years Later dirakam sepenuhnya dengan iPhone 15 Pro Max
iPhone digunakan dengan aksesori profesional dan menyokong rakaman Log 4K ProRes 60FPS.

Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.

Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame
Bintang berusia 43 tahun itu pernah melalui fasa kejatuhan dalam dunia hiburan.

Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.

Putus cinta Ogos lalu, pelawak Pete Davidson sudah temui pengganti
Pelakon dan pelawak, Pete Davidson dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita Amerika Syarikat, Madelyn Cline ketika ini.

Hugh Jackman, isteri umum berpisah
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, mereka memaklumkan bahawa keputusan tersebut dicapai dengan persetujuan bersama.

Zendaya dedah punca 'simpan' cerita cinta dengan Tom Holland
Zendaya cuba untuk mengekalkan seberapa sebanyak hal berkaitan peribadi di luar pengetahuan umum.

Pelakon, penulis Hollywood sertai mogok pekerjaan
Setakat ini, 65,000 ahli kesatuan pelakon secara rasmi telah menyertai mogok tersebut.

Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.