Selama 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir #AF2014 bakal bersiaran dengan lima finalis hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara.
Imbas kembali perjalanan para pelajar sebelum melangkah ke peringkat akhir ini, kejutan paling besar adalah apabila Adel tersingkir di minggu ketujuh.
Ini berikutan kerana dia telah mendapat undian terendah dan sekaligus mengundang rasa tidak puas hati penonton setia AF sehingga namanya menjadi ‘trending’ di Malaysia melalui Twitter.
Bagaimanapun kesedihan pelajar yang berasal dari Sabah itu tidak lama selepas dia diterima kembali ke fakulti menerusi AF Serap yang baru pertama kali diwujudkan musim ini dan dijangka akan memberi saingan hebat kepada empat pelajar lain.
Di samping itu , perubahan ketara pada persembahan Aman tiap-tiap minggu nyata membuktikan dia layak untuk berada di pentas akhir #AF2014.
Kehebatan Nuha juga diakui dengan suara yang lantang serta kebolehannya untuk menyanyikan pelbagai jenis genre lagu bakal menjadi ‘senjata’ Nuha untuk berentap dengan empat finalis lain.
Jika dilihat dari segi persembahan sebelum ini ternyata Firman dan Ewal merupakan antara pelajar yang sering konsisten dan membuatkan penonton serta juri tidak sabar untuk melihat persembahan mereka.
Ewal mempunyai bakat semulajadi dan suara yang besar. Pengalaman Ewal sebagai penyanyi sebelum ini juga mungkin memberikan kelebihan kepada Ewal untuk bertarung pada malam ini.
Manakala Firman pula kelebihannya terletak pada vokalnya yang unik terutama apabila pelajar berusia 25 tahun ini menyampaikan lagu-lagu berentak rock dan bernada tinggi.
Selain itu, kemampuannya untuk menghayati lirik dan watak yang ada dalam lagu tersebut membuatkan Firman seolah-olah ‘bersatu dengan lagu yang dinyanyikan selain ‘X- Factor’ yang ada dalam dirinya mungkin membuatkan Firman layak untuk bergelar juara?
Namun ini hanyalah ramalan sahaja dan masih terlalu awal untuk menetukan siapa yang bakal bergelar juara kerana semuanya bergantung kepada finalis #AF2014 yang akan memberikan persembahan terbaik dibantu dengan jumlah undian oleh peminat dan penyokong mereka.
Apa pula ramalan bekas pelajar AF2013 mengenai bakal juara #AF2014:
“Saya ramalkan Firman dan Ewal bakal menjadi juara #AF2014. Untuk Firman saya rasa kerana dia mempunyai suara dan bakat yang berbeza dari AF sebelum ini.
“Manakala Ewal pula dia mempunyai penyokong dan peminat yang kuat dan saya percaya mereka akan mengundi Ewal sebanyak mungkin… Ewal juga mempunyai pekej yang lengkap untuk menjadi artis serta saingan dalam industri muzik tanah air.
“Saya harap mereka semua dapat memberikan yang terbaik kerana ini merupakan minggu terakhir dan sentiasa fokus serta berfikiran positif… InshaAllah, semuanya akan jadi terbaik.” – Indah AF2013
“Bagi saya semuanya layak untuk jadi juara kerana mereka semua adalah hebat-hebat belaka… Kalau saya terpaksa pilih, pilihan saya adalah Ewal.
“Kerana saya lihat dia adalah seolah-olah ‘superstar in the making’… Cara nyanyian, cara berkomunikasi dengan penonton serta gaya penyampaiannya nampak bersahaja.
“Dia mempunyai pakej sebagai seorang penyanyi selain bakatnya besar dan saya rasa dia layak untuk bergelar juara #AF2014.
“Apapun ini hanya sekadar ramalan sahaja, rezeki di tangan tuhan dan semua finalis mempunyai kelebihan masing-masing… Saya harap mereka berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa berkeyakinan untuk membuat persembahan pada malam ini.” – Amira AF2013
Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:
#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).
Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layariwww.af.com.my atau tekan butang merah ‘R’ di alat kawalan jauh anda. -- Astro Gempak
Gempak
Sun Nov 09 2014
Lima yang terbaik, siapa bakal bergelar juara #AF2014? - Foto Astro Gempak
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Ramalan Juara #AF2014, anda bagaimana?
Kini tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir #AF2014 bakal bersiaran dengan lima finalis hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara.
AF: Saya bukannya kejam tak bagi Firman hadiah! - Wak Doyok
Ikon fesyen terkenal Wak Doyok dikecam hebat gara-gara pemberian hadiahnya kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman di konsert suku akhir Akademi Fantasia.
AF2014: Penyingkiran Adel bikin kejutan di konsert minggu ketujuh
Penyingkiran ini jelas menjadi kejutan ramai, kerana Adel sebelum ini sering mendapat pujian juri setiap kali persembahannya.
Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam
Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad.
Tiada penyingkiran di konsert kelima #AF2014
Kejutan buat sembilan pelajar apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014.
#AF2014: Muna tersingkir pada konsert ke-4 Akademi Fantasia
Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad.