Konsert Jelajah Blues Buat Teman 2014 Datuk Ramli Sarip bakal bertandang ke Ipoh pada 22 Mac ini.
Konsert itu diadakan atas rasa prihatin terhadap rakan seperjuangan beliau yang mengalami kesulitan hidup, seperti Yazit (Search), Hamid (Black Dog Bone) dan balu kepada Allahyarham Samad Mian (Lefthanded).
Hati Ramli Sarip mula terdetik untuk mengadakan konsert selepas terlihat foto Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.
Tambah menarik lagi apabila vokalis lagenda Mus May yang juga merupakan anak kelahiran Perak bakal beraksi pada malam tersebut.
“Tujuan sebenarnya selain daripada keprihatinan dan selain daripada kita berkongsi pengalaman saya dalam seni dan juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak melibatkan masa waktu umur dalam karya seni yang mana mereka pun sekarang kurang sihat,” kata Ramli.
Ramli Sarip ditemui ketika sidang media Jelajah Blues Buat Teman yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Koloni Karyawan Amanjaya Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Ipoh yang menjadi lokasi ke lima konsert jelajah itu akan diadakan di Hotel Riverfront Ipoh bermula jam 8.45 malam.
Kepada anda yang berada di sekitar Ipoh dan ingin mendapatkan tiket konsert serta mendaftar sebagai peserta bengkel muzik, anda boleh terus ke Koloni Karyawan Amanjaya (PORT).
Astro Awani
Sat Feb 22 2014
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Lelaki jinjing kepala bapa selepas penggal dengan parang
Selepas membunuh bapanya, suspek cuba menamatkan riwayatnya, namun hanya cedera dan kini dirawat di hospital.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
AWANI Pagi: Cukupkah usaha perkasa TVET di Malaysia?
Diskusi 7.30 pagi Selasa bersama Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Abdul Razak Sabtu, berkongsi pandangan, cabaran dan penyelesaian untuk memperkasakan lagi TVET di Malaysia, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin berkembang pesat dengan pelbagai inovasi dan teknologi.
Ramli Sarip kembali dengan Konsert Blues Buat Teman 2014
Konsert Jelajah Blues Buat Teman 2014 Datuk Ramli Sarip bakal bertandang ke Ipoh pada 22 Mac ini.