LOS ANGELES: Kematian penyanyi rap Amerika Syarikat, Coolio pada September 2022 dilaporkan berpunca daripada kesan fentanyl iaitu sejenis ubat tahan sakit serta heroin dan syabu, kata pengurusnya.
Lapor agensi berita BBC, penemuan itu sekali gus menolak punca kematiannya sebelum ini yang dikatakan berpunca daripada penyakit jantung dan asma walaupun mendiang mempunyai penyakit itu.
Pendedahan itu merupakan dapatan hasil bedah siasat mayat oleh pegawai pemeriksaan mayat Los Angeles.
Menurut pengurus mendiang, Jarez Posey, keluarga pemuzik itu juga telah dimaklumkan mengenai pendedahan itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gangsta’s Paradise itu ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kediaman rakannya enam bulan lalu.
Coolio atau nama sebenarnya Leon Ivey Jr dinobatkan bagi Persembahan Solo Rap Terbaik pada Grammy 1996 yang ketika itu turut dicalonkan bagi kategori utama, Record of the Year.
Album berkenaan juga mendapat pengiktirafan ‘triple-platinum’ dari Recording Industry Association of America.
Antara lagu popular lain yang malar segar hingga ke hari ini termasuk Fantastic Voyage, 1, 2, 3, 4 (Sumpin’ New) serta C U When U Get There bersama 40 Thevz.
Coolio memulakan kerjaya nyanyian pada pertengahan 1980-an dan terus menyerlah menerusi Gangsta’s Paradise pada 1995.
Agensi
Fri Apr 07 2023

Coolio yang terkenal dengan lagu Gangsta's Paradise ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di kediaman rakannya enam bulan lalu. - Foto/instagram/@coolio

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rapper Gangsta's Paradise, Coolio mati akibat terlebih dos dadah - Pengurus
Ia sekali gus menolak punca kematiannya sebelum ini yang berpunca daripada penyakit jantung dan asma.

Penyanyi rap Coolio yang popular dengan lagu Gangsta's Paradise ditemui mati
Punca sebenar kematian Coolio masih belum didedahkan, namun ia mungkin berkait rapat dengan serangan jantung, kata Posey.