NAMA Joanne Duke mungkin masih asing buat peminat industri seni suara tanah air. Apatah lagi, wanita berusia 30 tahun itu tidak pernah mencuba nasib dalam mana-mana pertandingan nyanyian sebelum ini.
Namun benarlah kata pepatah, rezeki tidak pernah salah alamat. Siapa sangka, bermula sekadar minat telah membawa anak jati Bidayuh ini ke bidang seni.
Biarpun masih hijau sebagai penyanyi, Joanne sudah tampil dengan buah tangan pertamanya, Cinta Tidak Buta, hasil ciptaan sepenuhnya Archie Nasution.
Berkongsi penglibatannya dalam industri muzik, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, semuanya bermula apabila beliau sering berkongsi video nyanyiannya menerusi Instagram dan TikTok.
“Salah seorang kawan sering berkongsi video nyanyian saya. Kebetulan kawan kepada kawan saya itu bekerja di Sony Music.
“Individu berkenaan ada menghubungi saya menerusi Instagram, tetapi saya tak perasan mesejnya. Kemudian, kawan saya tolong aturkan pertemuan bersama pihak Sony Music awal Julai lalu.
“Selepas berjumpa dan berbincang, saya ambil masa juga untuk fikir, sebelum akhirnya memberi kata putus pada penghujung Julai lalu,“ katanya.
Tambahnya lagi, sebagai permulaan, syarikat rakaman terkemuka itu mencadangkan untuk tampil dengan lagu pop, meskipun Joanne adalah pencinta lagu bergenre balada.
Mengambil cabaran yang diberikan, empunya diri berkata, beliau jatuh hati dengan single Cinta Tidak Buta yang disifatkan berkait rapat dengan pengalaman lalunya.
“Orang kata kalau kita tak suka lagu itu, susah untuk kita jiwai dan sampaikan dengan baik. Walaupun lagu ini mencabar kerana tone ada turun naik, tetapi saya suka dengan lagu ini.
“Pihak pengurusan juga sudah berbincang untuk lagu kedua dan mereka rancang untuk saya bekerjasama dengan komposer terkenal, Audi Mok.
"Jadi saya tidak sabar untuk tampil dengan single kedua selepas ini,“ ujarnya yang meminati lagu berentak balada.
Dalam pada itu, ditebak mengapa memilih bidang muzik sementelah mempunyai kerjaya tetap dan stabil, Joanne mengakui, kerjaya sebagai penyanyi sebenarnya tidak pernah langsung terlintas di fikirannya.
“Saya memang suka menyanyi, tetapi tidak pernah terfikir atau merancang menjadikan nyanyian sebagai karier.
“Bagaimanapun saya anggap ia sebagai satu rezeki dan selepas ini kalau ada tawaran berlakon pun, saya sedia untuk mempertimbangkannya,“ ujar Joanne.
Restu
Bagi yang belum tahu, Joanne sebenarnya bertugas pembantu eksekutif merangkap pembantu peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Biarpun baru lima bulan menggalas tanggungjawab tersebut, beliau bersyukur kerana Ismail Sabri ‘merestui‘ kariernya sebagai anak seni dan sentiasa memberi galakan seperti seorang bapa.
“Sebelum ini saya bekerja dalam industri pembinaan sebelum beralih bidang. Datuk Seri (Ismail Sabri) memahami dan memberi galakan untuk saya teruskan kerjaya dalam bidang seni.
“Beliau juga faham seandainya saya diperlukan untuk sesi temu bual atau promosi lagu. Malah turut galakkan saya terus menyanyi selepas ini,“ jelasnya.
Diusik tidakkah beliau terfikir untuk bekerjasama dengan anak majikannya, Dafi, Joanne tidak menolak perancangan itu.
“Kenapa tidak? Ada terfikir untuk bekerjasama tetapi setakat ini saya belum pernah berjumpa Dafi lagi.
“Kalau ada peluang, tentu sekali saya terbuka untuk bekerjasama,“ katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 31 2023

Biarpun masih hijau sebagai penyanyi, Joanne sudah tampil dengan buah tangan pertamanya, Cinta Tidak Buta, hasil ciptaan sepenuhnya Archie Nasution. -Foto Sinar Harian

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Rezeki terpijak Joanne Duke
Biarpun masih hijau sebagai penyanyi, Joanne sudah tampil dengan buah tangan pertamanya, Cinta Tidak Buta, hasil ciptaan sepenuhnya Archie Nasution.