ENAM bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya.
Secara luarannya, mungkin ramai lihat Shuib seolah tenang tetapi dalam hati tiada siapa tahu.
Happy ‘Anniversary’ Ibu
Genap 11 tahun usia perkahwinan pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.
Dengan kapsyen yang menyentuh hati, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian arwah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi muzik latar untuk perkongsian tersebut.
Bukan hanya Shuib saja yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Antara rakan-rakan arwah dan Shuib yang menitipkan doa dan ucapan itu adalah Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Datin Rebecca Nur Al Islam dan ramai lagi.
Peminat serta warganet turut menghulurkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Bawa anak-anak ziarah kubur
Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib dan anak-anak membersihkan kubur arwah dan menggantikan bunga serta meletakkan sedikit batu.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Majalah Pa & Ma
Pa and Ma
Tue Mar 01 2022

Genap 11 tahun usia perkahwinan pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya. - Foto Majalah Pa & Ma

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Nama arwah Siti Sarah diabadikan di Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah As-Shariff
Nama Allahyarham Siti Sarah diabadikan di sebuah ruang solat dan dewan rumah anak-anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

"Rindu ini tak pernah habis" - ucapan Shuib sempena ulang tahun perkahwinan dengan arwah Sarah
Enam bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah dijangka dikebumi selepas jam 1 tengah hari ini
Van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan pada jam 12.35 tengah hari dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

COVID-19: Siti Sarah dan kandungan stabil
Pelawak dan usahawan Shuib memohon semua pihak agar dapat bersama-sama mendoakan isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesihatan.

Tahap oksigen menurun, Siti Sarah masuk hospital
Siti Sarah Raisuddin dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas tahap oksigen menurun.

Orang rumah aku ada anxiety, keluarga aku jangan usik... - Shuib Sepahtu bengang Siti Sarah diejek
Yang mengejek pun sudah-sudahlah!

Shuib tawar diri jadi pembantu Mutawwif
Menurut Shuib, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dia dan Siti Sarah Raisuddin ada merancang untuk membuat umrah sekali lagi dan cuba untuk mengerjakan ibadah umrah dua kali setahun.

'Shuib pernah tanya, sanggup ke bersusah-susah hidup dengan I? Jawapan saya, tidak!' - Sarah
Penyanyi yang kian terkenal dengan lagu 'Semakin', Siti Sarah Raisuddin berkongsi memori bersama suaminya, Shuib Sepahtu sebelum mereka bernikah.

Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

Lima momen romantis di majlis persandingan Shuib, Siti Sarah
Pasangan Shuib dan Siti Sarah Raisuddin telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang cukup meriah dan romantis di Bora Ombak, Marina Putrajaya malam semalam.