NADA sebak penghibur ternama Indonesia, Datuk Seri Rossa ketika berkongsi pengalaman mengenali Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah jelas menterjemahkan betapa beliau benar-benar merasai kehilangan seorang raja yang berperibadi mulia.
Sepanjang mengenali Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, baginda disifatkan Rossa seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki personaliti yang menawan serta disenangi segenap lapisan rakyat.
Menurut Rossa, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah merupakan insan yang tidak pernah membandingkan darjat antara rakyat dan keluarga diraja.
"Tuanku melihat manusia itu adalah sama, walaupun saya rakyat Indonesia Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami," kata Rossa berkongsi pandangan mengenai Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika dihubungi Astro AWANI dari Jakarta, Indonesia.
Dalam wawancara yang disiarkan secara langsung dalam program Buletin Khas AWANI yang dikendalikan Nazri Kahar dan Dzulfitri Yusuf, Rossa terlalu sebak ketika berkongsi momen-momen beliau dengan Almarhum.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada jam 8.50 pagi Rabu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, Pahang selepas solat Zohor esok.
Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 41, merupakan antara selebriti yang dianugerahkan darjah kebesaran oleh istana Pahang.
Penghibur yang sangat masyhur dengan lagu Tegar itu menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2018.
Pada 2013, penyanyi itu menerima darjah kebesaran pertama iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Ikuti perbualan penuh Datuk Seri Rossa bersama Astro AWANI.
Asyraf Roslan
Wed May 22 2019

Rossa sifatkan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki keperibadian yang menawan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Rossa sebak kongsi pengalaman bersama Almarhum Sultan Ahmad Shah
Kehilangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah bukan sahaja dirasai oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Pahang.

'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' dipegang erat Almarhum Sultan - Najib
Kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah amat memberi kesan kepada bekas PM, Datuk Seri Najib Razak.