PENYAMPAI radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api pada Sabtu.
Berkongsi keadaan rumah terbabit di Instagram, kata Issey lebih mendukacitakan kerana segala memori yang tersimpan sepanjang membesar di kediaman terbabit turut musnah.
"Rumah arwah mak saya terbakar. Di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu Kelantan.
"Kebetulan saya ada di Kelantan. Memang tersangat sebak. Rumah tempat saya membesar.
"Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan," tulisnya.
Rakan selebriti dan peminat turut bersimpati atas nasib yang menimpa Issey sekeluarga.
"Allahu. Semoga tabah sey! Sebok pulok ambo kelih. Jago diri sey, semoga dipermudahkan," tulis Izzue Islam.
"Allahuakbar semoga segala urusan dipermudahkan Allah," tambah Vicha.
"Sabarlah sahabat," tulis Achey.
"Allahuakbar Sey! Semoga Allah permudahkan segala urusanmu," tulis Radin ERA FM. -- Gempak
Gempak
Sun May 28 2023
Keadaan rumah arwah ibu Issey yang terbakar pada Sabtu. - Gempak
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
ASEAN catat pertumbuhan perlahan pada Januari - SP Global
SP Global berkata landskap pekerjaan kembali stabil, manakala tekanan harga terus mereda, dengan kos operasi dan caj meningkat pada kadar paling perlahan, masing-masing dalam tempoh 18 dan empat bulan.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Singapura seru pekerja asing laporkan kes sogokan segera
Kementerian tenaga manusia Singapura pada Isnin menggesa pekerja asing untuk segera melaporkan kes wang sogokan susulan pendedahan membabitkan sebuah syarikat kontraktor yang mengenakan bayaran haram sebagai syarat pembaharuan pas kerja.
Indonesia lancar projek 3 juta kediaman setahun
Kerjasama antarabangsa menjadi titik penting dalam program itu, di mana setakat ini UAE memberikan komitmen untuk membina sejuta unit rumah dengan nilai pelaburan antara AS$16 bilion (RM72 bilion) hingga AS$20 bilion (RM90 bilion).
Malaysia perlu tunjuk keupayaan memimpin ASEAN - Agong
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, baginda bertitah Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.
'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.