Adat bila sudah berumahtangga, pasti ada ada pasang dan surut. Begitu juga yang berlaku antara pelakon dan penyanyi Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya dengan isteri, Fiza yang juga bekas anggota kumpulan Elite.
Jelas Adam dia memohon semua pihak berikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya itu.
“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.
“Apa-apa cerita tentang rumah tangga kami InsyaAllah saya akan beritahu kelak,” katanya.
Mengulas mengenai gosip tersebut, Adam mengakui sebagai seorang yang bergelar selebriti segala tindak-tanduk, berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.
“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” ujarnya.
Selain itu, Adam juga turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada pihak media bagi mengelak ditanya mengenai isu rumahtangganya dalam sebuah majlis baru-baru ini.
“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” jelasnya lagi.
Pasangan Adam dan Fiza telah mendirikan rumahtangga pada 26 September 2013. -- Astro Gempak
Gempak
Mon Apr 21 2014

Adam dan Fiza - Gambar Fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Lelaki menang loteri nekad tikam isteri, bunuh 2 anak apabila rahsia terbongkar
Kedua-dua anaknya, Adam, 11, dan Matthew, 5, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpegangan tangan.

'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi
Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.

Kaka Azraff bakal nikah hari ini?
Wah tahniah Kaka Azraff dan Adam!

Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.

Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.

Fiza Elite kecewa dituduh sebagai punca rumahtangga bergolak
Fiza meminta supaya orang ramai tidak bertanyakan lagi soalan-soalan berkaitan kontroversi mengenai pergolakan rumahtangga mereka.

Rumahtangga didakwa bergoyah, Adam AF2 tidak mahu komen
Jelas Adam dia memohon semua pihak berikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya itu.