KUMPULAN rock legenda Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal membuat kejutan dengan mengumumkan penambahan tarikh Konsert Endemik selama dua malam.
Difahamkan, konsert tersebut kini akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di Zepp Kuala Lumpur.
Menurut Amy, keputusan untuk menambah satu lagi malam bertujuan untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.
“Setelah berbincang dengan penganjur Konsert Endemik, LOL Asia, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi malam untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.
“Pihak kami juga telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, yang menyokong penuh penganjuran konsert ini dan keputusan untuk mengadakannya selama dua malam.
“Zepp KL mempunyai ciri-ciri sekuriti yang hebat namun untuk memastikan keselamatan penonton lebih terjaga, kami pasti inilah yang terbaik, walaupun negara kita sudah pun diisytiharkan sedang melalui fasa peralihan endemik,” katanya.
Jelas Amy lagi, Konsert Endemik pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan menjadi penanda aras baru bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia.
“Kami bukan sahaja merupakan band pertama membuat persembahan solo di Zepp KL, tetapi kami juga akan mempersembahkan buat pertama kali dua lagu baru dari Search iaitu Endemik I dan Endemik II, selain lagu-lagu signature Search yang menjadi kegilaan peminat-peminat kami.
“Dapatkan tiket Konsert Endemik hari ini sebelum ia habis dijual, dan jumpa anda semua di Zepp KL pada 4 dan 5 Jun ini,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata, laman web jualan tiket Konsert Endemik mula dibuka pada jam 10 malam semalam (28 Jun 2022) dan setakat ini kesemua VIP Box telahpun berjaya dijual.
“Tiket-tiket bagi kategori Platinum, Gold, Silver dan Rock Zone juga hampir kehabisan.
"Saya percaya status Search sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia dan juga fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL menjadi faktor utama tiket Konsert Endemik begitu laris.
“Ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kesemua peminat kumpulan Search terutamanya dengan line-up legenda iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal.
"Search sendiri telah menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanah air terutama scene rock n roll.”
Tiket Konsert Endemik telahpun mula dijual. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun May 01 2022
![Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik' Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651367996_Kumpulanrock.jpg)
Kumpulan rock legenda Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal membuat kejutan dengan mengumumkan penambahan tarikh Konsert Endemik selama dua malam. -Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719460814_GoogleSearch.jpg)
Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search
Sebagai peringatan ciri keputusan carian dengan skrol tanpa henti diperkenalkan pada peranti mudah alih pada Oktober 2021 dan kemudian di desktop pada Disember 2022. Menurut Google ciri klasik ini dik
![Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654305088_AmySearch.jpg)
Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.
![Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550243302_XPDC.jpg)
Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya
Yazit Search yang turut hadir ke sidang media tersebut dilihat masih lagi uzur dan bertongkat terharu dengan usaha yang dimainkan oleh anggota XPDC.
![Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548060844_KONSERT.jpg)
Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search
Penderitaan pemain drum Search, Yazid Ahmad atau lebih dikenali Yazid Search yang mengidap komplikasi buah pinggang mendapat pembelaan
![Era muzik rock kapak yang dirindui Era muzik rock kapak yang dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81477150896_partyclubkelab.jpg)
Era muzik rock kapak yang dirindui
Muzik rock kini mungkin sedikit terpinggir namun masih ada sebenarnya yang kekal dalam arena perjuangan ini.
![Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers' Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542793134_TBOTAI.jpg)
Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers'
Asas penubuhan kumpulan ini adalah untuk menjadikan All Stars sebagai satu platform kepada mana-mana artis lama dalam industri muzik yang mungkin berdepan pelbagai masalah untuk kembali menyinar.
![Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519663631_earthquake.jpg)
Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea
At least one company began evacuating non-essential personnel after a powerful 7.5 magnitude earthquake hit Papua New Guinea's energy-rich interior on Monday.
!['Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search 'Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71494115530_SearchPWTC.jpg)
'Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search
Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia muzik tanah air, Search berkongsi cerita suka-duka perjalanan seni mereka dalam buku biografi.
![Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81493013610_search-fenomena.jpg)
Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam
Kumpulan rock legenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.
![Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71415702451_295x200.jpg)
Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya
Panggung berprestij itu bakal digegarkan dengan konsert yang menghadiahkan lebih daripada sekadar tenaga rock & roll.