Syazwan berkata dakwaan itu bergantung kepada individu untuk menilai kerana dunia digital tidak terlepas daripada menerima kritikan masyarakat.
“Kita tak terlepas dari sebarang kritikan, jika kita ambil hati terhadap komen-komen negatif itu, kita tidak akan dapat bergerak maju.
“Sebaliknya di Gempak Most Wanted ini, kita tetap dengan tujuan untuk mengiktiraf bakat dan personaliti daripada platform digital yang membawa impak positif kepada masyarakat, katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media GMWA 2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ujar beliau, warganet banyak meninggalkan komen-komen yang positif di Tiktok Gempak dan GMWA menerima 7 kali ganda undian (9.5 juta) untuk top 20 pada tahun ini berbanding hanya 1.3 juta pada tahun lalu.
Sementara itu, GMWA 2024 kali ini mengangkat tema flex your arts bagi meraikan keistimewaan setiap ciptaan calon-calon GMWA apabila berani mengekpresikan diri secara positif, dan menampilkan keunikan kepada pengikut mereka di laman sosial.
Anugerah berpestij ini bakal dianjurkan pada 23 Februari nanti yang menampilkan Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee sebagai pengacara.
Selain itu, GMWA 2024 juga bakal dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Erni Zakri, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Zizan Razak, artis dari seberang (Indonesia) dan ramai lagi.
Saksikan GMWA 2024 pada 23 Feb ini secara langsung di saluran Astro Ria (104), On Demand, ASTRO GO dan Sooka.