INDIA diketahui sebagai sebuah negara dengan penduduk terpadat di dunia dan salah satu masalah yang tiada penyelesaian adalah kesesakan jalan raya.
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.
Oleh kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, aktor legenda itu terpaksa membonceng motosikal peminat untuk ke lokasi penggambaran.
Insiden tersebut dikongsikan sendiri oleh Amitabh bersama sekeping foto dirinya sedang membonceng motosikal seseorang yang dirakamkan di akaun media sosial.
Menerusi foto tersebut, Amitabh dilihat memakai t shirt berwarna hitam, blazer coklat dan seluar biru dilengkapi kasut putih.
Pada keterangan foto, bintang Bollywood yang menjadi pujaan dunia itu telah mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak dikenali tetapi sanggup menumpangkannya ke ‘tempat kerja’.
“Terima kasih untuk membantu saya (membonceng motosikal). Saya tidak kenal anda tapi kesanggupan anda menghantar saya ke lokasi penggambaran pada tepat masa sangat dihargai.
“Naik motorsikal lebih cepat dan dapat mengelak kesesakan jalan raya. Terima kasih,” tulisnya seperti dilaporkan Hindustan Times.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi dalam kalangan penggemar dengan salah seorang mengatakan selalu mendengar cerita Amitabh seorang aktor yang berdisplin dan tidak pernah lewat.
“Hari ini saya melihat bagaimana anda menjadi seorang bintang yang sentiasa tepat waktu. Diharap sikap ini dapat dipelajari oleh pelaku seni yang lain,” tulis seorang netizen. -- Gempak
Gempak
Tue May 16 2023

Oleh kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya, aktor legenda itu terpaksa membonceng motosikal peminat untuk ke lokasi penggambaran. - Gempak
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.

Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.

Sukar bergerak, Amitabh Bachchan cedera di set penggambaran 'Project K'
Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan dilaporkan mengalami kecederaan di set penggambaran seterusnya mengakibatkan masalah pergerakan dan pernafasan yang "menyakitkan".

Amitabh Bachchan menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Arab Saudi
Amitabh Bachchan membawa pulang trofi di Anugerah Joy 2023 atas sumbangannya kepada industri perfileman India.

Jawab soalan mengenai Perdana Menteri Malaysia, lelaki warganegara India menang RM34,180
Nama Anwar Ibrahim dan Malaysia disebut dalam program "Who Wants to Be a Millionaire" versi negara India.

Amitabh Bachchan larang guna nama, gambar dan suara
Amitabh Bachchan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Delhi untuk melarang individu atau syarikat menggunakan nama, gambar, suara dan personaliti keperibadiannya tanpa kebenaran.

'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber
Karyawan seni Bollywood ini berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.

Usia cecah 80 tahun, Amitabh Bachchan selamba buat adegan aksi sendiri
Amitabh mengejutkan kru penggambaran sebuah iklan komersial apabila menolak menggunakan 'stuntmen' dan melakonkan sendiri babak aksi.

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.

Amitabh Bachchan balas 'nakal' komen netizen minta tulis dalam Hindi
Setakat pukul 9.30 malam, tweet beliau itu diulang ciap lebih 1,200 kali dan menerima lebih 26,000 tanda suka di platform media itu.