POPULARITI kumpulan SA.YA gandingan Saiful Apek dan Yassin nampak gayanya bukan sekadar di Malaysia, malah telah 'terbang' ke Bosnia-Herzegovina.
Menerusi satu posting dimuat naik di Instagram Apek baru-baru ini, seorang peminat Bosnia-Herzegovina tampil memberikan kata-kata semangat buat bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) itu.
"Buat yang terbaik jangan mengalah, terus berjuang.
"Satu Bosnia sokong SA.YA," katanya.
Menerusi hantaran berkenaan, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima sokongan daripada peminat dari negara berkenaan.
"Lagi kiriman video dari penyokong Bosnia untuk kumpulan SA.YA. Terima kasih," ujarnya.
Anda boleh lihat posting tersebut di hujung artikel ini.
Untuk rekod, pada persembahan konsert minggu ketujuh yang berlangsung Ahad lalu, SA.YA membawakan lagu "Peronda Jaket Biru" nyanyian Wings.
Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan berkenaan apabila mereka menerima markah sebanyak 54%.
Sekadar info, penyanyi rock Bandi Amuk menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) keempat yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung Ahad lalu.
Bandi mendapat markah 53.8% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Fri Jan 07 2022

Peminat Bosnia-Herzegovina (kiri) tampil memberikan kata-kata semangat buat bintang Gegar Vaganza 8, SA.YA gandingan Saiful Apek dan Yassin. -Gempak

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

'Satu Bosnia sokong' - SA.YA dapat sokongan daripada peminat luar?
Apek turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima sokongan daripada peminat dari negara berkenaan.