LEBIH dari 30 tahun berada dalam industri fesyen, pereka fesyen Datuk Seri Bernard Chandran, berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.
Agensi Lady Gaga minat rekaan Bernard
Menurut Bernard, dia tidak membayar Lady Gaga untuk menggayakan bajunya namun pihak agensi penyanyi itu sendiri yang datang berjumpa dengannya kerana meminati rekaannya.
“Saya cipta rekaan pada setiap musim. Saya reka apa yang saya rasa nak. Jadi, agensi mereka yang datang berjumpa dengan saya dulu. Pada masa itu, saya bertanya siapa Lady Gaga yang membuatkan saya perlu tahu kenal siapa wanita itu.
“Saya tanya pasukan saya (PR team) sama ada mereka suka atau tidak. Jadi, saya tidak bayar mereka untuk memakai baju rekaan saya. Kalau mereka berminat dengan rekaan saya, mereka boleh tempah baju dengan saya.
“Saya ada maruah yang perlu dijaga. Sama seperti yang dikatakan saya ada klien yang besar membuatkan saya perlu menjaga hasil karya saya. Saya tidak akan bertolak ansur disebabkan dia seorang yang terkenal,” katanya kepada Gempak.
Kongsi keperibadian Lady Gaga
Dalam pada itu, Bernard turut berkongsi mengenai keperibadian Lady Gaga yang dianggap seorang sangat hebat.
“Lady Gaga seorang yang sangat hebat. Kami berkolaborasi bersama tapi semua koleksi itu semua dari hasil karya saya,” ujarnya.
Selain Lady Gaga, Bernard memberitahu dia pernah bekerjasama dengan selebriti dari China yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Fan Bingbing baru-baru ini.
“Baru-baru ini, saya pernah mereka baju yang cantik untuk Fan Bingbing. Sesiapa datang untuk melihat hasil karya yang kami jual.
“Jika mereka suka dengan rekaan baju itu mereka boleh membelinya tapi saya menghantar pasukan saya (PR team) untuk uruskan segalanya,” katanya.
Bernard Chandran 30 Years in Malay Contemporary Fashion Event
Berkongsi mengenai Bernard Chandran 30 Years in Malay Contemporary Fashion Event yang berlangsung di pada Khamis, Bernard berkata pameran itu mengumpulkan lebih dari 3,000 karyanya selama 30 tahun dalam industri fesyen.
“Pameran ini adalah sesuatu yang saya suka lakukan. Bukanlah sesuatu yang saya kena buat. Walau bagaimanapun, saya dapat sahaja ruang untuk pamerkan karya saya. Untuk kali ini, saya pamerkan rekaan baju saya yang terkumpul lebih dari 3,000 karya saya selama 30 tahun bekerja.
“Untuk fesyen kali ini, saya tampilkan konsep Melayu kontemporari yang mudah dipakai dimana hanya satu zip sudah boleh pakai baju kebaya. Saya terinspirasi dengan seorang wanita yang memakai baju kurung bersama jaket dan tudung di dalam. Jadi, saya satukannya dan ia kelihatan kemas dan teliti,” ujarnya.
Bernard berkata, dia juga menggabungkan pelbagai jenis kain termasuklah kain untuk lelaki serta batu kerongsang yang diletakkan di atas baju.
“Koleksi ini menggabungkan pelbagai jenis kain yang terinspirasi dari pakaian lelaki. Contohnya, saya ada membuka butik pakaian lelaki Figure Menswear by Bernard Chandran. Saya bekerja dengan pelbagai jenis kain lelaki. Seperti yang dilihat banyak baju kurung saya dipakai dengan baju t-shirt dan banyak lagi.
“Yang paling penting adalah keseimbangan baju itu. Ini kerana, koleksi kali ini banyak memakai batu-batu kerongsang yang pernah rosak dikumpul sejak saya umur 19 ke 20 tahun tapi dibaiki di Taiwan dan Jepun.
“Itulah masa-masa saya selama 30 tahun berada dalam industri fesyen. Jadi semua batu-batu kerongsang itu dibaiki dan diletakkan diatas baju kurung, baju kebaya dan baju kot,” katanya.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jul 06 2024

Menurut Bernard dia tidak membayar Lady Gaga untuk menggayakan bajunya.- Gempak

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.