PENGACARA, Hana Ismail akui terkesan dengan fitnah dakwaan mengalami keguguran akibat kifarah oleh seorang wanita di media sosial yang tular baru-baru ini.
Menganggapnya sebagai ujian, Hana tidak menafikan dia berasa amat terkesan dengan tuduhan itu sehingga menjejaskan emosinya.
Menurut Hana, walaupun dua sudah bersedia untuk menempuhi pelbagai ujian selepas mengahwini pendakwah selebriti, Da’i Syed namun dia menyifatkan si pelaku itu menggunakan kesempatan waktu berduka untuk menyerang suaminya.
"Sejujurnya, saya tidak kisah. Apabila berkahwin saya memang bersedia dengan kemungkinan isu berbangkit seperti ini.
"Namun, waktu diambil oleh si pelaku untuk memuat naik video adalah kurang tepat lagi-lagi saya berada dalam fasa pemulihan.
"Secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental," katanya ketika ditemui Gempak.
Bagaimanapun kata Hana, dia bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat untuk melalui kisah sedihnya itu.
"Saya bukan malaikat. Tidak dinafikan memang saya mengalami fasa kesedihan dan kekecewaan.
"Memang sedih kerana kurang sebulan saya kehilangan anak dan menghadapi proses pantang. Naluri ibu sudah ada jadi saya rindu untuk hamil. Ditambah dengan situasi seperti ini banyak menganggu.
"Alhamdulillah ada suami, umi, abah, dan keluarga mertua yang memberikan sokongan. Orang ramai juga yang banyak mendoakan saya," ujarnya.
Terdahulu, Syed atau nama lengkapnya Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita yang memfitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol.
Untuk info, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Gempak
Tue Aug 29 2023

Menganggapnya sebagai ujian, Hana tidak menafikan dia berasa amat terkesan dengan tuduhan itu sehingga menjejaskan emosinya. - Foto Gempak

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik.

'Saya hanya mahu habiskan masa dengan suami dan anak' - Isteri Da'i Syed
Personaliti TV, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur apabila suaminya, iaitu Da'i Syed berjaya mendapat penangguhan hukuman selepas 21 hari meringkuk dalam penjara Kajang.

Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Da’i Syed dan Hana Ismail timang cahaya mata pertama
Isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Dai Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed
Hana berkata, kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da'i Syed.

"Saya bukan malaikat..." - Hana Ismail akui terkesan dakwaan gugur kerana kifarah
Pengacara, Hana Ismail akui terkesan dengan fitnah dakwaan mengalami keguguran akibat kifarah oleh seorang wanita di media sosial yang tular baru-baru ini.

Hana Ismail syukur Da'i Syed uruskan proses berpantang
Selepas menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah pusat perubatan, Hana kini berpantang di rumah dengan dijaga oleh Da'i Syed.

Hana, Da'i Syed bulan madu di Sabah, tunai umrah sambil lawat keluarga di Mesir
Perkenalan antara mereka berlaku apabila Umie Aida bertindak selaku 'orang tengah' selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.

Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara Hana Ismail, terima mas kahwin gelang emas
Pendakwah bebas, Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi Sabtu.

'Lembut hati, muliakan ulama antara sifat ada pada Da'i Syed' - Hana Ismail
Pengacara jelita Hana Ismail mengakui keperibadian lembut hati membuatkan dia tertarik untuk menerima kehadiran pendakwah bebas, Da'i Syed untuk dijadikan bakal suami.