KUALA LUMPUR: "Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu," kata Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.
Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 14 2023

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.

Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai!
Isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai setelah kes perceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof berakhir.

Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia
MESKIPUN tidak lagi bersama, pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap mendoakan jodoh yang terbaik buat bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana kelak.

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul
Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Mat Kilau itu mengesahkan bahawa, isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.

Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, reda apabila dia kini sah sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.

'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof
Kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah
Pelakon Puteri Sarah tidak berfikir panjang apabila pihak produksi menawarkannya untuk memegang watak seorang perampas suami orang dalam siri terbaharu Hijrah Jannah.

Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini
Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.

"Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah" - Syamsul Yusof
Syamsul sedia maklum hati ibunya terluka, namun, sebagai anak rasa hormat dan sayang pada wanita itu tidak pernah pudar.

Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar
Dengan situasi yang berlaku antara dia dan isteri pertama, Puteri Sarah ketika ini, ia bukanlah masa sesuai untuk anak-anaknya itu berjumpa dengan Ira.