ZIMI atau nama sebenarnya Zarimi Zahari mengambil keputusan untuk keluar daripada menjadi anggota kumpulan Akim & The Majistret sejak tiga minggu lalu.
Bercakap kepada Harian Metro, Zimi berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan beberapa perkara selain menganggap bukan rezeki bersama kumpulan yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.
"Saya masuk cara baik, jadi saya keluar pun cara baik. Pengunduran ini saya sudah maklumkan kepada semua ahli.
"Rezeki dan jodoh bersama Akim & The Majistret setakat ini sahaja. Mungkin Allah SWT sudah mengaturkan perjalanan saya yang lain pula," kata Zimi.
Tambahnya lagi, dia percaya dengan kemampuan diri dan dia bekerja kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik.
Zimi juga enggan berkongsi sebab mengundurannya daripada kumpulan itu kepada umum.
"Biarlah apa yang terjadi antara kami sahaja yang tahu. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.
"Cuma sejujurnya saya berasa sedih dan kecewa apabila perlu meninggalkan kumpulan ini," tambah Zimi.
Menurut Zimi lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selepas ini dan menerbitkan lagu untuk orang lain.
Tambahnya lagi, lagu 'Yang Satu' bersama kumpulan Akim & The Majistret merupakan karya terakhir bersama dengan kumpulan itu.
Sumber: Harian Metro
Gempak
Mon Sep 16 2019

Menurut Zimi lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selepas ini dan menerbitkan lagu untuk orang lain.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret
Lancarkan single Bayang bukan bermakna Akim sudah meninggalkan Akim & The Majistret.

'Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim
Akim membalas dakwaan seorang individu yang dipercayai influencer luar negara, kononnya babak membabitkannya dipotong kerana Stacy cemburu.

"Saya keluar cara baik" - Zimi undur diri dari Akim & The Majistret
Tiada jodoh untuk terus bersama.

'Dengarlah jeritan batinku' - Single terbaharu terjemah kisah duka Akim
Begitulah kisah yang cuba diangkat dalam "Rampas", single terbaru dari band popular tempatan, Akim & The Majistret (ATM).

Akim tolak berduet dengan Stacy?
Penyanyi Akim Ahmad mengakui terpaksa menolak untuk berduet dengan isterinya, Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam akibat masalah yang dihadapi.

Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia
Akim Ahmad memaklumkan di Instagram rasminya bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia.