"Saya mendapat respons yang positif"
Itu jawapan yang diberikan oleh penyanyi, Ernie Zakri apabila ditanya bagaimana respons peminat untuk penglibatannya dalam sebuah drama bersiri Suri Katriana tahun lalu.
Namun baginya, untuk tahun 2020 dia akan lebih memberi tumpuan kepada bidang nyanyian tetapi tidak menolak sekiranya mendapat tawaran berlakon.
"Saya tidak akan menolak untuk berlakon, kalau ada tawaran mungkin lebih sesuai dan tidak terlalu mencabar, saya tidak akan menolak terus tawaran tersebut," katanya ketika dijumpai semasa sidang media Anugerah Meletop Era 2020, di Damansara Utama, pada Rabu.
Pada masa sama, Ernie yang popular dengan lagu Ku Bersuara juga menyatakan bahawa dia mempunyai perancangan untuk mengeluarkan albumnya sendiri.
Ernie menyatakan teruja apabila tercalon dalam dua kategori top 20 iaitu Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop menerusi lagu Ku Bersuara dan lagu duetnya bersama Syamel iaitu Takkan Terlerai.
Untuk fasa pertama peminat sudah boleh mula mengundi artis kesayangan di www.anugerahmeletopera.com.my atau melalui aplikasi SYOK bermula 29 Januari sehingga 25 Febuari 2020.
AME 2020 akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April 2020.
Asyraf Roslan
Wed Jan 29 2020

Lakonan pertama Ernie Zakri menerusi Suri Katriana mendapat pujian daripada peminat-peminatnya - Foto Instagram/ Ernie Zakri

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Alif Satar tambah seri, Mira Filzah, Siti Nordiana dominasi AME2020
Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diumumkan sebagai pengacara ketiga yang akan bersama-sama memeriahkan acara anugerah pilihan penonton tahun ini.

Saya tidak menolak jika ada peluang berlakon - Ernie Zakri
Untuk tahun 2020 dia akan lebih memberi tumpuan kepada bidang nyanyian tetapi tidak menolak sekiranya mendapat tawaran berlakon.

Nabil Ahmad, Jihan Muse diumum sebagai hos AME2020
AME edisi kali ini mereka menampilkan dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse sebagai teraju utama anugerah berprestij itu.