KUALA LUMPUR: Bertahun menanti, akhirnya hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan kolaborasi mega dua beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain, bakal direalisasikan.
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan menjadi pentas pertama untuk peminat di Malaysia menyaksikan mereka bergandingan dalam sebuah konsert berskala besar.
Biarpun pernah bergandingan untuk satu konsert di Singapura, Anuar menyifatkan peluang menjayakan konsert bersama kali ini hadir pada masa yang tepat.
"Perancangan sudah lama ada, peminat juga selalu bertanya tetapi sebagai manusia kami hanya merancang, tuhan menentukan.
"Aturan Allah itu yang terbaik, hari ini akhirnya kami umumkan kepada semua, konsert ini akan berlangsung Ogos depan," kata pelantun 'Sedetik Lebih' itu ketika ditemui selepas sidang media di ibu negara, hari ini.
Bagi Ziana pula, konsert ini adalah peluang keemasan yang sudah lama dinantikannya.
"Kata orang kalau selalu berdoa, lebih 44 kali ia akan jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur, ini memang satu peluang yang sangat berharga, bukan selalu adik-beradik dapat beraksi sepentas dalam konsert yang besar," kata penyanyi bersuara lantang itu.
Dengan senarai panjang lagu hit malar segar dimiliki kedua-duanya, Anuar dan Ziana menjanjikan persembahan terbaik dan 'mimpi indah' buat penonton.
Bakal berlangsung selama 90 minit, kedua-dua penghibur bersuara emas ini bakal mempersembahkan lagu-lagu popular yang menjulang nama mereka dalam persada seni tempatan.
Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd ini akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.
Tiket-tiket berharga dari RM288 sehingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini dengan melayari laman web www.excitix.com.my
Madiha Abdullah
Thu May 19 2022
!['Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan 'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652964882_TBANUARZAIN.jpg)
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Ogos ini.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
![Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733136251_AnuarZaindilantik.jpg)
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
!['Persembahan malam ini, must go on' ... - Anuar Zain 'Persembahan malam ini, must go on' ... - Anuar Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698548680_AnuarZain.jpg)
'Persembahan malam ini, must go on' ... - Anuar Zain
Penyanyi, Anuar Zain tetap memukau 8,000 penonton yang hadir konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu meskipun mengakui dirinya masih tidak berapa sihat.
![Shah Alam jadi pilihan Anuar Zain beraksi di konsert solo Shah Alam jadi pilihan Anuar Zain beraksi di konsert solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688557201_AnuarZainkonsert.jpg)
Shah Alam jadi pilihan Anuar Zain beraksi di konsert solo
Ibu negeri Selangor, tanah permai yang menawarkan banyak inspirasi buat Anuar sepanjang 40 tahun bergelar anak seni.
![Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak... - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak... - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679717291_anuarzain.jpg)
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
![Seminggu tak tidur lena! - Ziana, Anuar lega konsert sukses Seminggu tak tidur lena! - Ziana, Anuar lega konsert sukses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659865068_TBZIANAZAIN.jpg)
"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.
![Carikanlah untuk kita - Ziana Zain berbicara tentang jodoh Carikanlah untuk kita - Ziana Zain berbicara tentang jodoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653368303_ZianaZainanakan.jpg)
"Carikanlah untuk kita" - Ziana Zain berbicara tentang jodoh
Setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.
![Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653294411_TBZIANAZAIN.jpg)
"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.
![Tak sempat bernafas, tiket konsert dah separuh terjual! Hebatnya aura Anuar dan Ziana Zain Tak sempat bernafas, tiket konsert dah separuh terjual! Hebatnya aura Anuar dan Ziana Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653035322_ZianaZainAnuarZa.jpg)
Tak sempat bernafas, tiket konsert dah separuh terjual! Hebatnya aura Anuar dan Ziana Zain
Anuar Zain dan Ziana Zain bakal mengadakan konsert pada Ogos ini.
!['Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan 'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652964882_TBANUARZAIN.jpg)
'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.
![Peminat iringi doa buat Anuar Zain sebelum berangkat ke Syria Peminat iringi doa buat Anuar Zain sebelum berangkat ke Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649648198_AnuarZain.jpg)
Peminat iringi doa buat Anuar Zain sebelum berangkat ke Syria
Anuar bersama pasukan Syria Care menjayakan Kempen Ramadan Al Khair 10.0 bagi membantu pelarian Syria.