GEMERLAPAN penganjuran acara fesyen, Met Gala, yang dihadiri golongan selebriti terkenal dunia dalam persalinan glamor mereka tahun ini tanpa disedari bersaing hebat dengan sebuah gerakan di media sosial.
Para selebriti tersohor dari dunia nyanyian, lakonan, penyiaran, sukan dan fesyen mendapati nama mereka hangat dalam senarai kempen sekatan besar-besaran di platform berkenaan, hingga ada yang kehilangan ratusan ribu pengikut.
Para aktivis kemanusiaan dan penyokong Palestin menjadikan acara Met Gala sebagai kemuncak kepada kemarahan mereka apabila krisis yang melanda hingga mengorbankan puluhan ribu nyawa, dan mengancam kehidupan jutaan warga itu langsung tidak diberi perhatian serius oleh golongan selebriti.
Pengguna media sosial khususnya TikTok mula menghimpun dan berkongsi senarai nama selebriti dan pempengaruh yang mereka dapati langsung tidak menggunakan kelebihan pengaruh mereka untuk menyuarakan tentang nasib golongan yang ditindas di Palestin menerusi 'Operation Blockout'.
"Mereka hanya menunjukkan kemewahan yang melampau untuk menarik perhatian kita semua, seolah-olah dunia ini sedang baik-baik saja," kata seorang pengguna di platform X.
"Hidup selebriti ini menagih perhatian kita, kalau mereka tidak lagi dipandang, mereka akan hilang pengaruh," ujar seorang lagi.
"Mereka ini ada peluang untuk mencetuskan perubahan, namun daripada bercakap tentang hal yang penting, mereka hanya gunakan pengaruh untuk membuatkan mereka lebih kaya. Sudah, block sahaja mereka," marah seorang pengguna lagi.
Sewaktu Met Gala berlangsung, jutaan pengguna media sosial sedunia giat berkongsi sebuah video yang antara lain memaparkan suntingan visual para selebriti yang sedang menggayakan persalinan mewah di acara karpet merah dengan potongan video kesengsaraan penduduk Palestin.
Visual kehilangan tempat tinggal, kebuluran, kematian orang tersayang, menanggung kesakitan dan hidup dalam pelarian, sangat tidak selari dengan gambaran glamor yang hendak dipaparkan menerusi penganjuran Met Gala.
Umum tahu bahawa ketika ini serangan tentera Zionis Israel masih berlanjutan malah terus membedil Rafah yang menjadi zon terakhir jutaan warga Palestin berlindung setelah diusir secara paksa dan kejam dari Utara Gaza.
Sebuah laporan video oleh TRT World, menunjukkan senarai selebriti gred A yang mengalami penurunan jumlah pengikut, antaranya Kim Kardashian, Taylor Swift dan Haley Bailey.
"Masanya untuk block semua selebriti, pempengaruh dan sosialit kaya yang tidak menggunakan sumber serta pengaruh mereka untuk membantu golongan yang sedang mengharapkan belas kasihan.
"Kita yang memberi mereka platform, kita akan tarik balik. Tiada lagi view, like dan komen, mahupun wang kami. Sekat mereka di semua platform media sosial dan digital," tegas seorang pengguna TikTok.
"Zaman kita memuja selebriti sudah berakhir! Jutaan manusia sedang dalam sengsara dan kesulitan di seluruh dunia!" katanya lagi.
Bagaimanapun, masih ada reaksi bercampur tentang gerakan tersebut, yang cuba mempertahan golongan selebriti. Mereka sebaliknya mahu tekanan seumpama itu lebih ditumpukan kepada golongan pembuat dasar dan ahli politik.
Agensi
Sat May 11 2024
Pengguna media sosial lancar gerakan 'Operation Blockout', dengan menyasarkan selebriti yang tidak bersuara tentang isu genosid. - Instagram @kimkardashian, Reuters/Hatem Khaled
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
Aktor Korea, Song Jae Rim meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
Aktres senior Indonesia, Marissa Haque, meninggal dunia
Marissa menghembuskan nafas terakhir di bilik tidur kediamannya, dan ditemui oleh suaminya, aktor Ikang Fawzi.
Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof
Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perceraian bekas suaminya itu dengan Ira Kazar.
Tujuh tahun bersama, Nora Danish sah bercerai dengan Nedim Nazri
Rumah tangga pelakon Nora Danish dengan Nedim Nazri yang dibina sejak tujuh tahun lalu sudah berakhir dengan perceraian.
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Selebriti dunia hilang pengikut besar-besaran sempena Met Gala?
Pengguna media sosial lancar gerakan 'Operation Blockout', dengan menyasarkan selebriti yang tidak bersuara tentang isu genosid.
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
Ameera Khan dapat hadiah kereta BMW i7 daripada...
Kehidupan keluarga selebriti dan usahawan sensasi Neelofa termasuklah adik-beradiknya seperti Noor Nabila dan Ameera Khan sentiasa menjadi tumpuan netizen di laman sosial.