AKTOR terkenal dunia, Shah Rukh Khan yang memilih berdiam diri selepas peristiwa anak sulungnya, Aryan Khan ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) awal Oktober lalu dilaporkan sudah sedia kembali ke gelanggang penggambaran filem.
Menurut laporan portal Times of India, memahami bahawa pihak produksi tidak boleh dibebankan dengan masalah peribadinya, Shah Rukh Khan bersetuju untuk meneruskan penggambaran yang sudah lama dipersetujuinya,
Namun begitu, beliau meminta kerjasama pihak produksi untuk menyusun jadual kerja yang membolehkannya bertemu keluarga selang beberapa minggu untuk beberapa hari.
Dalam masa sama, pelakon filem My Name Is Khan itu tidak keberatan menjalani penggambaran di luar India seperti yang sudah ditetapkan.
“Shah Rukh Khan telah meminta pihak produksi untuk mengosonkan jadual beberapa hari selang beberapa minggu bagi membolehkannya bersama-sama keluarganya.
“Bahkan, Shah Rukh Khan juga meminta pihak produksi untuk meneruskan penggambaran babak melibatkan pelakon-pelakon lain semasa ketiadaannya,” kata sumber terdekat pelakon itu.
Media tempatan turut melaporkan, pelakon kesayangan ramai itu juga sebelum ini merancang untuk mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan anaknya, Aryan Khan.
BACA: Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran
BACA: Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara
Pada ketika ini, pengawal peribadi beliau, Ravi Singh yang sudah sejak sekian lama menyertai keluarga pelakon itu kini diberi tugas menjaga Aryan Khan sementara Shah Rukh Khan mengupah pengawal peribadi lain buatnya.
Pada awal bulan lalu, Aryan Khan, 23, ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB India di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
NCB turut merampas sejumlah dadah dalam serbuan itu.
Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.
Berikutan itu, Aryan Khan dan rakan-rakannya ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai sehinggalah mahkamah membenarkan dia diikat jamin.
Agensi
Wed Nov 17 2021

Shah Rukh Khan tidak keberatan menjalani penggambaran di luar India, namun mohon pihak produksi menyusun jadual kerja yang membolehkannya bertemu keluarga selang beberapa minggu untuk beberapa hari. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.

Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."

Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.

WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India
Bintang Bollywood Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.

Rani Mukerji ‘beku’ saat penggambaran bersama Shah Rukh Khan, perlu diusung ke kereta
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005.

'Ini bukan filem My Name Is Khan' - Netizen luah pandangan isu kahwin anak Zarina Zainuddin
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas

Selebriti terkenal India ucap tahniah atas kejayaan misi Chandrayaan-3
Susulan kejayaan kapal angkasa milik India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan hari ini, sebilangan besar selebriti dari India mengucapkan tahniah.

Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak
SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Terdesak nak jumpa Shah Rukh Khan, peminat panjat banglo Raja Bollywood
Kediaman Shah Rukh Khan memang sering dikunjungi peminat untuk sekadar mengambil gambar atau 'selfie'.