Pengarah filem Sembilu, Datuk Yusof Haslam mengakui kejayaan tayangan pertama filem Sembilu pada tahun 1994 telah memberi impak besar kepada industri perfileman tempatan, selain mengubah kehidupan peribadinya.
Menurut penerbit dan pelakon terkenal itu, fenomena filem cinta tersebut memperlihatkan sokongan lebih besar daripada penonton kepada buah tangan beliau termasuk sekuel Sembilu II, Maria-Mariana dan Gerak Khas The Movie.
“Perkara itu (sambutan) memberi ruang yang cukup luas kepada saya di mana daripada filem Sembilu yang merupakan filem ketiga, kutipan filem semakin meningkat dan memberi kekuatan kepada saya untuk membina kehidupan dan industri filem supaya terus konsisten.
“Alhamdulillah, tanpa saya sedari hari ini sudah 25 tahun (tayangan filem Sembilu) dan Skop Production Sdn Bhd masih meneruskan perjuangan untuk menerbitkan filem tetapi ia diteruskan oleh legasi saya iaitu anak-anak,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
25 tahun lalu, katanya, para penggiat filem berdepan cabaran besar dalam menarik minat penonton.
Namun, kegemilangan Sembilu telah memberi perubahan paradigma apabila filem-filem Melayu yang dihasilkan pengarah tempatan kini mula mendapat tempat di hati masyarakat.
Ia termasuk kejayaan menerusi filem seperti Munafik 2, Hantu Kak Limah, Polis Evo, Paskal dan lain-lain.
“Ini merupakan satu perubahan besar, di mana, kalau dulu, filem-filem tempatan hendak cecah kutipan RM4 juta adalah mustahil. Tetapi hari ini... Saya tidak pernah terfikir filem Melayu boleh mencecah sehingga RM20 juta,” katanya.
Ditanya mengenai formula genre cinta yang dilihat membuahkan hasil, Yusof berkata, penonton kini sudah bijak menilai dan bersifat selektif terhadap sesebuah karya.
Justeru itu ujarnya, pembikin filem perlu sentiasa mencari idea segar dan mengutamakan kualiti dalam penghasilan filem.
“Saya rasa banyak lagi genre yang boleh dibuat selain filem cinta. Zaman Sembilu dulu orang beranggapan kalau hasilkan ‘love story’ boleh berjaya, tetapi itu bukan jaminan, sebaliknya bergantung kepada jalan cerita.
“Ini menunjukkan penonton hari ini sangat selektif, kalau mereka (suka), sokongan akan diberikan sepenuhnya, dan sebaliknya. Jadi, perjuangan pembikin filem hari ini sangat mencabar dan (mereka) tidak boleh kompromi mengenai soal kualiti,” katanya.
Hari ini genap 25 tahun filem Sembilu ditayangkan kepada umum.
Biarpun sudah lama berlalu, jenama Sembilu tidak pernah lekang daripada ingatan peminat setia filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu.
Pertaruhan Skop Production Sdn Bhd meletakkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain nyata berbaloi apabila filem itu mengutip pecah panggung sebanyak RM4.2 juta.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 18 2019

Pertaruhan Skop Production Sdn Bhd meletakkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain nyata berbaloi apabila filem itu mengutip pecah panggung sebanyak RM4.2 juta. GAMBAR Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

#Sembilu25tahun: Kejayaan Sembilu ubah kehidupan Yusof Haslam
25 tahun lalu, kata Yusof Haslam, para penggiat filem berdepan cabaran besar dalam menarik minat penonton.