PENDAKWAH selebriti, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan bakal memperisterikan seorang gadis berusia 20-an sebagai isteri kedua.
Menjelaskan tentang perkara itu, Asyraf, 34, memberitahu dia masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
"Mana ada! Sebelum ini saya ada terdengar khabar angin ini tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang saya belum cukup mampu lagi.
"Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.
"Keluarga yang sudah sedia ada pun saya rasa belum cukup mampu memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah 'cawangan'.
"Saya rasa cukuplah tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
"Tetapi siapa yang ada perancangan silakan kalau mampu," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Seraimas di Ruang, Shah Alam baru-baru ini.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah. - Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Mon Jul 16 2018
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki. - Foto: @imammudaasyraf
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Inkues Adib: Muhammad Adib akui dipukul - Saksi
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 ada mengakui bahawa beliau dipukul.
"Semua lelaki teringin, tetapi ..." - Imam Muda Asyraf jawab tuduhan kahwin dua
Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan bakal memperisterikan seorang gadis berusia 20-an sebagai isteri kedua.
Berdakwah sepenuh masa atau sebaliknya, mana lebih bagus? Ini jawapan Imam Muda Asyraf
Pendakwah, Imam Muda Asyraf berpandangan dia lebih selesa memilih cara berdakwah dan pada masa sama tidak meninggalkan kerja untuk mencari rezeki.
Imam Muda Asyraf tak kenal Ikan Duri
Juara Imam Muda musim pertama, IM Asyraf tidak mengenali Ikan Duri ketika diberi cabaran menerusi program Masaklah Kau.