Jenazah allahyarham sebelum itu dimandi, dikafan dan disolatkan dua kali, di rumahnya di Kampung Pasir dan kemudian di Masjid Al-Ridhuan Ulu Kelang.
Majlis pengkebumian allahyarham dihadiri lebih dari 300 ahli keluarga, sahabat handai, teman seperjuangan dan jiran tetangga.
BACA: Kecekalan Jins Shamsuddin mencari ilmu, satu penanda aras buat anak seni
BACA: 12 fakta anda perlu tahu mengenai seniman legenda, Jins Shamsuddin
BACA: Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Antara orang kenamaan yang sempat memberi penghormatan terakhir adalah penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
![Balu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin Puan Sri Halijah Abdullah (tengah) menyiram air mawar ke atas pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang hari ini.- Foto Bernama](http://img.astroawani.com/2017-03/81488443986_freesize.jpg)
Rakan seni yang hadir memberikan penghormatan antaranya Datuk Yusuf Haslam, Datuk Ahmad Nawab, Datuk M Nasir dan Datuk DJ Dave.
Jins Shamsuddin meninggal dunia petang semalam pada usia 82 tahun kerana sesak nafas.
Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Halijah Abdullah dan tiga anak iaitu Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Sebelum itu, kesihatannya merosot sejak menghidap alzheimer pada 2011.
![Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ketika membaca doa selepas solat jenazah Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin, 81, di Masjid Al-Ridhuan hari ini. - Foto Bernama](http://img.astroawani.com/2017-03/41488443946_freesize.jpg)
Terkenal sebagai 'James Bond Malaya', Allahyarham membintangi lebih daripada 40 filem dan turut mengarah sembilan filem sepanjang hidupnya.
Juga satu-satunya anak seni yang dilantik menjadi senator, allahyarham mewakili golongan itu di Dewan Negara sepanjang dua penggal dari 13 oktober 2004 hingga 11 Februari 2011.
![Anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin Putera Hang Nadim ketika mengaminkan doa selepas solat jenazah bapanya di Masjid Al-Ridhuan hari ini. - Foto Bernama](http://img.astroawani.com/2017-03/41488443972_freesize.jpg)