PERNAH anda terfikir melahirkan anak di hospital bersalin serba mewah yang mungkin mencecah harga dua buah kereta?
Tular di media sosial apabila hospital dan wad bersalin bagi pasangan Diraja, Putera Harry dan Meghan Markle kelihatan serba mewah.
Duchess of Sussex, 37 tahun, baru sahaja melahirkan seorang putera lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei yang lalu.
BACA: Kehidupan mewah Meghan Markle cetus kemarahan rakyat Britain
BACA: "It's magic" - Putera Harry, Meghan Markle dedah wajah bayi sulung mereka
Memetik laporan daripada Daily Mail UK, mereka telah mendedahkan gambar-gambar wad bersalin yang menjadi pilihan pasangan Diraja itu.
Memilih Hospital Portland yang terletak di London, difahamkan harga untuk pakej bersalin boleh mencecah sehingga 15,000 – 20,000 Pound (RM80,000 – RM110,000), bergantung kepada bilik yang dipilih.
Cukup dikenali kerana serba mewah, harga bagi pendaftaran ibu mengandung sebelum melakukan proses bersalin sahaja sudah menelan belanja sehingga 8,000 Pound (RM42,000).
Di dalam sebuah wad bersalin peribadi, ibu diberikan khidmat 24 jam oleh staf yang bertugas, termasuklah dibekalkan kelengkapan mandi dari jenama Molton Brown.
Selain itu, bagi ibu bapa yang selamat menyambut kelahiran bayi, mereka akan diraikan dengan jamuan mewah.
Antara hidangan yang dihidangkan adalah udang karang, tiram, foie gras, champagne dan teh, semuanya dihidangkan atas dulang perak.
Tidak dilupakan hadiah barangan mewah sebagai ‘goodie bags’ untuk pasangan yang memilih melahirkan anak mereka di hospital itu.
Untuk ibu yang mahu tinggal lebih lama dari hari yang sepatutnya, mereka akan dicas 1,800 Pound (RM10,000) untuk satu malam.
Memetik laporan Daily Mail lagi, pasangan Diraja tersebut telah menginap di sana sehari awal sebelum melahirkan putera mereka pada jam 5.26 pagi, 6 Mei 2019.
Selain Markle, seorang lagi keluarga Diraja yang pernah melahirkan anak di hospital mewah itu adalah Duchess of York, Sarah Ferguson ketika melahirkan Puteri Eugenie dan Beatrice.
Hospital itu sebelum ini turut menjadi pilihan selebriti lain seperti Victoria Beckham, Liz Hurley dan Jools Oliver.
Gempak
Fri Jun 07 2019
Megan Markle melahirkan anak lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei yang lalu.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan
Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.