LAUT itu luas dan amat dalam. Banyak rahsia terkandung di dalamnya. Ada yang telah kita teroka namun masih banyak misteri yang belum lagi terungkai.
Ramai percaya jauh ke dasar laut masih wujud haiwan buas pra-sejarah yang menunggu masa untuk muncul ke permukaan air.
Jika benar, apa perasaan anda sekiranya ia menjelma di depan mata, teruja atau seriau?
Perasaan itu mungkin dapat anda rasai menerusi filem The Meg terbitan dan edaran Warner Bros Pictures.
Mempertaruhkan Jason Statham sebagai watak utama Jonas Tylor filem aksi thriller ini bakal mengembalikan ketakutan seperti kali pertama anda menonton filem Jaws (1975) arahan Steven Spielberg.
The Meg berkisar mengenai sebuah kapal selam yang digunakan dalam program pemerhatian bawah laut antarabangsa yang diserang jerung pra-sejarah sepanjang lebih 21 meter yang dikenali sebagai The Megalodon.
Serangan merosakkan sistem kapal selam itu menyebabkannya tersadai di dasar laut.
Dengan masa yang semakin suntuk ,Tylor pakar penyelam laut dalam ditugaskan bagi menyelamatkan kru yang terperangkap.
Disinilah bermula konflik dalaman Tylor antara tannggungjawab tugas dan tentangan daripada anaknya Suyin lakonan Li Bingbing.
Filem ini diadaptasi daripada novel fiksyen Meg: A Novel of Deep Terror tulisan Steve Alten pada 1997. Ia bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2018.
Agensi
Wed Apr 11 2018

Filem aksi thriller ini bakal mengembalikan ketakutan seperti kali pertama anda menonton filem Jaws - Foto imdb

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Putera William dipilih Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023, Vin Diesel nombor dua
Pemenang Lelaki Botak Terseksi ditentukan dengan faktor 'kilauan' pada kepala mereka.

Fast & Furious kembali dengan filem baharu
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw.

Seriau! Jason Statham berdepan jerung gergasi
The Meg berkisar mengenai sebuah kapal selam a yang diserang jerung pra-sejarah sepanjang lebih 21 meter.

Tiada Dwayne Johnson dalam Furious 9, gara-gara kritik Vin Diesel
Konflik Johnson dengan keluarga Furious berpunca tindakan bekas penggusti WWE itu mengkritik salah seorang pelakon lelaki utama filem itu.