INI bukan lakonan! Tetapi Raja Bollywood, Shah Rukh Khan betul-betul bengang dan marah ketika di'prank' sebuah program.
Aksi pelakon itu dirakam dalam sepotong video yang sedang viral di India dan negara Timur Tengah untuk sebuah rancangan 'prank' yang dihoskan oleh pelawak Mesir, Ramez Galal di padang pasir Dubai.
Shah Rukh bersama beberapa kru dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba tenggelam di kawasan pasir jerlus.
Dua daripada kru itu lemas dan tinggal Shah Rukh bersama seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri masing-masing sambil berteriak meminta tolong.
Kemudian, mereka didatangi oleh seekor biawak komodo gergasi yang sebenarnya cuma kostum dipakai pengacara televisyen tersebut.
Ketika identiti itu didedahkan, Shah Rukh ternyata berang dan sejurus diselamatkan, pelakon filem "Kuch Kuch Hota Hai" itu hampir menumbuk wajah pengacara terbabit.
"Ini semua mengarut! Aku dibawa ke sini dari India semata-mata untuk buat perkara ini?" jerit Shah Rukh.
Ramez kemudiannya tidak putus-putus meminta maaf daripada Shah Rukh sambil menyanyikan lagu Marjani Marjani (filem Billu).
Bagaimanapun, menurut pengurus Shah Rukh, Pooja Dadlani, pelakon itu dibayar AS$400,000 (RM1.7 juta) untuk melakonkan aksi marah itu.
Selain Shah Rukh, Paris Hilton pernah menjadi mangsa 'prank' rancangan tersebut dalam situasi pesawat hampir terhempas.
Gempak
Wed Jun 07 2017

"Ini semua mengarut! Aku dibawa ke sini dari India semata-mata untuk buat perkara ini?" jerit Shah Rukh (kanan).
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Shah Rukh Khan bengang kena 'prank', hampir tumbuk pengacara
Ini bukan lakonan! Tetapi Raja Bollywood, Shah Rukh Khan betul-betul bengang dan marah ketika di'prank' sebuah program.