Pelakon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Tahunan Kristal yang ke-24 semasa sesi pembukaan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos-Klosters, Switzerland.
Anugerah tersebut turut diberi kepada pelakon Hollywood, Cate Blanchett dan penyanyi serta komposer dari United Kingdom, Elton John atas sumbangan dan komitmen mereka untuk menambahbaik kehidupan masyarakat dunia.
BACA: Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Kristal di WEF
Shah Rukh Khan dalam ucapannya berkata, beliau berbangga apabila dipilih sebagai penerima anugerah bersama dua artis terkemuka yang menjadi ikon kepada masyarakat.
“Cate Blanchett merupakan wanita yang mampu mempengaruhi masyarakat dengan imejnya, dan Sir Elton John mampu mempengaruhi masyarakat dengan karya muziknya, termasuk saya sendiri,” ujarnya.
Sebelum menghabiskan ucapannya, Shah Rukh Khan sempat berseloroh untuk berselfie bersama pelakon cantik, Cate Blanchett.
Tindakan Shah Rukh Khan disambut dengan gelak tawa oleh penonton dalam dewan.
Shah Rukh Khan diberi penghargaan atas sifat kepimpinannya dalam mengangkat hak kanak-kanak dan wanita di India.
Beliau merupakan pengasas Yayasan Meer iaitu sebuah yayasan yang memberi sumbangan kepada mangsa serangan asid sesiapa yang cedera akibat terbakar, khususnya golongan wanita.
BACA: WEF2018: Hutang ekonomi dunia menggunung, perlukah Malaysia bimbang?
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jan 23 2018

Shah Rukh Khan menerima Anugerah Kristal dari Hilde Schwab selaku Pengerusi dan Pengasas WEF. - Foto: REUTERS/Denis Balibouse

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

WEF2018: Rupanya ini sebab Datuk Shah Rukh Khan takut wanita
"Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya," demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton.