PENYANYI Shila Amzah mengakui dia mengambil keputusan untuk menjual rumah banglo yang kini didiami oleh ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha.
Shila memberitahu rumah tersebut terlalu besar sehingga tidak terjaga dan memilih untuk mendapatkan kediaman yang lebih sesuai untuk keluarganya.
“Bila parents kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Jadi, memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang family duduk tu). Rumah tu sangat besar, yang duduk dalam lima orang.
“Ada tujuh bilik, ruang tamu besar, banglo lot, ada dua dapur, rumah kucing ada tiga, rumah itu tak ada maid. Cuba bayangkan, diorang tak dapat nak jaga bil semua.
“Jadi saya nak dapatkan tempat baharu, suasana baharu selepas saya jual rumah itu… lagi sihat la. Takkan Sha nak biarkan, tengok rumah itu kusam dan sedih, saya nak beri rumah yang lebih,” katanya.
Isteri kepada pempengaruh Ubai itu berkongsi perkara tersebut ketika membuat siaran langsung di TikTok dan ia dimuat naik semula di akaun YouTube Mk Media Malaysia.
Mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Shila turut seakan-akan meluahkan rasa kecil hati apabila dia dianggap seperti orang jahat disebabkan membuat keputusan demi kebaikan semua.
“Sha dah kahwin, dah ada keluarga sendiri tapi saya masih fikir keluarga saya lagi. Saya nak cari lagi selesa, senang kemas dan jaga. Sha dah jadi ketua keluarga, sebab tak ada orang lain yang ambil benda ni.
“Memang lebih baik jual, tapi masing-masing macam letakkan saya seperti orang yang jahat. Rumah itu memang nama Sha… Sha nak cari kondo yang tak payah jaga luar.
“Sesiapa yang bekerja keras cari duit dari kecil, tahu la benda ini. Orang yang memang tak cari duit sendiri, yang memang makan bersuap, senang cakap. Benda orang tak nampak, tapi senang salahkan kita. Nasib baik Ubai ada,” ujarnya.
Terdahulu, adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.
Malah, pada satu hantaran berbeza dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila sengaja menyindir kakak sendiri.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Oct 11 2023

Shila Amzah mengakui dia mengambil keputusan untuk menjual rumah banglo yang kini didiami oleh ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha. - Foto Gempak
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.

Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah

Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah
Shila kesal perkongsian isu keganasan rumah tangga disalah erti.

Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.

Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China
Shila Amzah telah 'menempah' tiket ke final selepas bergelar juara mingguan pada program Singing With Legends di China.

Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu”
Shila menyedari keadaan anaknya sejak awal lagi namun tidak mendapat sokongan dan terpaksa melaluinya seorang diri.

Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355

'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.

Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.

Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.