PENYANYI popular, Shila Amzah, 33, selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Ubai, 25, di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tepat jam 10.28 pagi.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Shila, penyanyi ND Lala dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Ampang, Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai manakala hantaran dirahsiakan.
Shila berkata, dia berasa syukur dan gembira apabila Ubai yang memegang status sebagai tunang sebelum ini kini sah menjadi suaminya.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.
"Saya berasa sangat lega dan gembira kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, hari ini kami berdua disatukan dengan disertai oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat yang kami sayangi.
"Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.
"Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang," katanya.
Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
"Insya-Allah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.
"Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat," katanya.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ubai berkata, mereka belum ada sebarang perancangan memandangkan kedua-duanya sibuk dengan kerja.
"Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, terdapat dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara.
Untuk info, pasangan in memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua, selain Thalia dipilih sebagai pereka fesyen untuk busana malam resepsi.
Dalam masa sama, ANH bertindak sebagai perancang perkahwinan dan LILIT PIPIT selaku rakan kerjasama utama pada majlis pernikahan ini.
Untuk rekod, pasangan in melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei lalu. -Gempak
Gempak
Sat Aug 05 2023

Shila Amzah, 33, selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Ubai, 25, di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tepat jam 10.28 pagi. -Gempak
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.

Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah

Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah
Shila kesal perkongsian isu keganasan rumah tangga disalah erti.

Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.

Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China
Shila Amzah telah 'menempah' tiket ke final selepas bergelar juara mingguan pada program Singing With Legends di China.

Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu”
Shila menyedari keadaan anaknya sejak awal lagi namun tidak mendapat sokongan dan terpaksa melaluinya seorang diri.

Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355

'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.

Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.

Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.