KEMELUT antara Datuk ND Lala denganu Fauziah Sarman semakin rumit selepas bekas isterinya itu mendakwa penyanyi terkenal era 80-an itu mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bukan itu sahaja, Fauziah turut mendakwa bekas suaminya banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah.
“Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami (isteri) diusik. Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan.
“Cerminlah diri, bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Mengejutkan lagi, apabila Fauziah mendedahkan ND Lala sudah bertahun tidak bekerja dan hanya menghabiskan duit hasil titik peluh anak sulung mereka, Shila.
“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya, tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak,” dakwanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia tiada niat untuk untuk mengaibkan mana-mana pihak.
Namun percaya kebenaran akan terbukti apabila tiba masanya.
“Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.
“Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada, tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya,” katanya.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.
Pasangan yang sudah hidup bersama selama 34 tahun ini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada. - Gempak
Gempak
Mon Sep 18 2023
Fauziah Sarman (kiri) membuat pendedahan terbaharu mendakwa bekas suaminya, ND Lala (kanan) sudah bertahun tidak bekerja dan hanya menghabiskan duit hasil titik peluh anak sulung mereka, Shila. - Gambar GEMPAK
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
Shila Amzah tanggung keluarga, Fauziah Sarman dakwa ND Lala bertahun tak kerja
"Bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru."