PENYANYI popular, Shila Amzah selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Ubai turut meluahkan rasa hati mengenai arwah ibunya, Rohani Jamal yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada Julai tahun lalu pasti gembira dengan kelahiran cucu sulungnya itu.
Malah Ubai juga turut berkongsi nama puteri pertamanya.
“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira. Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat.
“Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang KAU berikan ini.
“Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” tulisnya.
Sementara Shila dalam hantaran terbaharu memberitahu dia sentiasa bersangka baik dengan perancangan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Akui penyanyi Jauh Hati itu, dia sememangnya mengimpikan untuk bersalin secara normal selepas melalui kelahiran secara pembedahan ketika melahirkan anak sulungnya lima tahun lalu.
“Alhamdulillah, bayi perempuan kami sudah lahir. Saya sentiasa percaya pada ketentuan Allah SWT, lebih dari segalanya.
“Terima kasih atas segala doa dan ucapan. Saya doakan yang sudah lama menanti akan ditiupkan benih zuriat di dalam rahim kalian,” katanya.
Sekadar info, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023.
Terdahulu Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
![Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715296788_AnakShilaUbai.jpg)
Shila Amzah selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada Khamis. - Foto Instagram/ubaimz
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura 3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735443338_TBsuara.jpg)
3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.
![Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734941760_shilaamzah.jpg)
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
![Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733708362_shilahamzah.jpg)
Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah
Shila kesal perkongsian isu keganasan rumah tangga disalah erti.
![Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728196323_tbMikrofonShilaAm.jpg)
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
![Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727086302_ShilaAmzah.jpg)
Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China
Shila Amzah telah 'menempah' tiket ke final selepas bergelar juara mingguan pada program Singing With Legends di China.
![Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu” Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719370133_Shilahamzah.jpg)
Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu”
Shila menyedari keadaan anaknya sejak awal lagi namun tidak mendapat sokongan dan terpaksa melaluinya seorang diri.
![Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716794682_shila.jpg)
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
!['Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua 'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715404607_TBShilaAmzah.jpg)
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
![Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715296788_AnakShilaUbai.jpg)
Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.
![Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713789165_TBShilaAmzah.jpg)
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.