BENARLAH kata pepatah; jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT. Masih lagi kadang-kala membaca tajuk ‘Badrul Muhayat Menikah Kerana Kopi’ yang melintas di media sosial, hari ini, 28 Oktober 2023 khabar duka menyentak sanubari peminat pelakon ini semua.
Badrul Muhayat dilaporkan telah meninggal dunia di Pulau Pinang pagi Sabtu. Pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi.
Allahyarham difahamkan berada di Pulau Pinang kerana menyertai Karnival UDA 2023.
Menerusi kenyataan yang diberikan isterinya, Norhayati Zulkapli, Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay. Jenazahnya pula mahu disemadikan di kampung halamannya, Johor Bahru.
Berita sedih itu pertama kali diketahui ramai melalui perkongsian salah seorang dramatis, Anne Abdullah.
“Assalamualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat sudah meninggal dunia di homestay Penang. Al Fatihah,” tulisnya dengan latar merah di Facebook.
Perkhabaran tersebut sangat mengejutkan apa lagi mengingat isi temu bual Badrul yang mengaku sudah banyak berubah selepas menikah dengan Norhayati Zulkapli, 50.
Perkenalan singkat empat bulan kerana secangkir kopi membawa bintang filem Harry Boy itu kembali ke alam rumah tangga. Ini merupakan perkahwinan ketiga Allahyarham.
Mereka menikah pada 18 April 2023 bersempena tarikh ulang tahun Badrul Muhayat.
“Bagi saya, sesiapa sahaja pun pasti mahu pergi ke arah kebaikan. Apalagi bila Allah SWT kurniakan peluang untuk berkahwin lagi, rasanya dalam 10 itu, sekurang-kurangnya ada enam atau tujuh perkara yang membuatkan saya jadi insan lebih baik,” katanya kepada media.
Tetapi hanya berselang tidak sampai 20 hari pertemuan dengan media kerana mempromosi filem terkini lakonannya, Cerana Biduk Bu Merah, Badrul berpulang ke negeri abadi.
Tentu sahaja pemergian Badrul Muhayat menjadi sebuah lagi kepulangan yang ‘dicemburui’ — pulang di dalam tidur dan tenang apa adanya.
Wajah tampan yang mudah tersenyum, cukup sopan santun dan tidak sukar didekati ini akan selalu membuat peminat merinduinya. Namun bersama Ilahi, itulah kehidupan hakiki kita setiap manusia.
Semoga tenang di sana. Al Fatihah.
Berikut antara fakta mengenai Badrul Muhayat Ahmad Jailani:
- Badrul menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas iaitu Badrul Muhayat.
- Merupakan pelakon kelahiran Johor Bahru. Badrul pertama kali menceburkan diri ke bidang glamor menerusi penyertaan dalam pencarian Hero Remaja.
- Allahyarham merupakan sepupu kepada pelakon jelita, Maria Farida.
- Baru menikah buat kali ketiga pada 18 April 2023. Allahyarham bagaimanapun memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nur Delisha, 16 dan Badrul Hidayat, 13, yang kini tinggal dengan bekas isterinya.
- Mula aktif pada tahun 1990, filem pertama Badrul adalah Riang Tirana. Filem ini turut dibintangi Erma Fatima, Azhar Sulaiman dan Raja Azura.
- Nama Badrul kemudian menjadi buah mulut selepas muncul dalam filem Harry Boy arahan sutradara A R Badul. Harry Boy ditulis dan Allahyarham Julie Dahlan dan diproduksi syarikatnya, JD Production. Badrul berganding dengan bintang Sofia Jane dalam filem romantik yang ditayangkan pada tahun 1991 ini.
- Cerana Biduk Bu Merah adalah filem terakhir yang dibintangi Badrul yang baru ditayangkan pada 12 Oktober lalu.
- Selain membintangi filem, Badrul juga terkenal di layar kaca televisyen. Antara drama pembabitannya adalah Opah, Pia dan Wanita Milik Tuan Putra.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Oct 28 2023

Pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi. - Foto Gempak
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumi di Gombak
Jenazah Allahyarham dikebumikan sekitar pukul 9.35 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul.

'Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly
Pemergian pelakon Allahyarham Badrul Muhayat Ahmad Jailani,55, hari ini amat mengejutkan rakan baiknya yang juga pelakon Zazly Baginda.

'Pemergian Badrul Muhayat kehilangan besar, banyak memori kami bersama' - Azhar Sulaiman
Pemergian Allahyarham Badrul Muhayat adalah satu kehilangan besar buat industri filem negara, kata pelakon senior, Azhar Sulaiman, 52.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Badrul Muhayat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon Badrul Muhayat atas pemergian pelakon itu, hari ini.

Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui
Badrul Muhayat, pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi.

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia
Pelakon Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu.

Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan
Badrul Muhayat nekad bernikah dengan wanita pilihan hatinya Norhayati Zulkapli di bulan Ramadan selepas empat bulan mengenali hati budi masing-masing.