MALAM tadi, penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengadakan majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus mengumumkan nama puteri mereka.
Siti Aafiyah binti Khalid nama cukup indah yang diberi membawa maksud segala yang baik-baik.
Siti dalam temu bual berkata dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.
Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.
“Saya sedar dia sangat popular sekarang ini (ketawa). Tapi, saya tak boleh nak buat apa dah sebab dia dilahirkan sebagai anak penyanyi.
“Secara tak langsung, dia pasti terkena tempiasnya. Namun, saya dan suami juga impikan anak kami membesar seperti kanak-kanak biasa,” katanya.
Lantaran itu, Siti Nurhaliza mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.
BACA: Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza
BACA: Instagram Aafiyah belum dipertimbangkan - Siti Nurhaliza
Katanya, buat masa ini, wajah dan apa sahaja yang membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman IG miliknya.
“Saya tahu dah banyak akaun IG palsu yang menggunakan pelbagai nama bagi mewakili anak saya.
“Tapi, untuk akaun IG rasmi, sebetulnya saya tak terfikir lagi. Lagi pula, saya ingin lihat dia membesar seperti orang biasa.
“Jadi, dalam perkara ini, saya harap peminat faham. Apa saja perkara yang saya umumkan barulah ia sahih. Kalau ada pun nanti, ia daripada saya sendiri,” katanya.
Malah, pelantun lagu Kesilapanku, Keegoanmu ini juga menyerahkan kepada keputusan suaminya berhubung soal rezeki mahupun tawaran untuk anaknya, pada masa depan.
“Sekiranya dia ada rezeki dapat tawaran daripada mana-mana pihak, saya serahkan keputusan kepada suami.
“Tak kiralah, apa saja berkaitan anak memang saya dan suami kena berbincang dahulu. Kalau suami kata tak perlu, saya ikut,” akhirinya.
Sinar Harian
Mon Mar 26 2018

Siti Aafiyah binti Khalid nama cukup indah yang diberi membawa maksud segala yang baik-baik. - Foto Instagram / CTDK

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Zahid Hamidi beri pelaburan RM10 juta, bukan pinjaman - Datuk K
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi dana RM10 juta daripada Ahmad Zahid kepada Datuk Wasi Khan bukan berbentuk pinjaman.

Kes Zahid: Mata kering, Datuk K mohon bercermin mata hitam
Pasukan pembelaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya saksi pembelaan kelapan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dibenarkan untuk memakai cermin mata hitam semasa memberi keterangan.

Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Seminggu demam tak kebah, anak perempuan Siti Nurhaliza dimasukkan ke wad
Siti turut berkongsi beberapa foto memperlihatkan puteri sulungnya sedang dirawat selain mendoakannya cepat sembuh.

"Jerit-jerit dalam 'flight'"- Siti Nurhaliza kongsi pengalaman bawa Aafiyah dan Afwa naik pesawat
Menurut Siti Nurhaliza, beliau terpaksa reda apabila suaminya yang turut dikenali sebagai Datuk K tidak dapat ikut sekali kerana ada urusan kecemasan di saat akhir.

"Anak-anak dah makin membesar"- Datuk K minta Siti Nurhaliza ada masa untuk anak
Siti Nurhaliza patuh pada kehendak Datuk K.

Banjir: Siti Nurhaliza, suami turun padang bantu mangsa bencana
Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dilihat menguruskan proses hantaran bantuan di sebuah gedung pasaraya besar.

Langgar SOP: Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10,000
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan langgar SOP.

Majlis tahnik anak Siti Nurhaliza, polis rakam keterangan 10 individu
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut.

Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL - Azhar Idrus
Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.