PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui semakin seronok berniaga dan mahu memperluaskan lagi empayar perniagaannya.
“Saya mengaku semakin seronok berbisnes dan ingin mengembangkan lagi perniagaan saya ini pada masa hadapan.
“Pada saya, sesiapapun jika ingin berjaya perlu gigih berusaha. Saya sendiri bukan jenis individu yang melakukan perkara tanpa usaha gigih.
“Insya-Allah apabila kita semakin memajukan perniagaan diusahakan, ia juga membuka pintu rezeki kepada orang lain. Asalkan niat kita baik, semuanya akan dipermudahkan,” katanya.
Yang terbaru selepas memperkenalkan jenama Creacion by Siti Nurhaliza pada Mac lalu, Siti tampil dengan koleksi Creacion Sesuci Lebaran 2016 untuk digayakan pada Syawal nanti.
“Alhamdulillah, selepas memperkenalkan Creacion beberapa bulan lalu, kami tampil pula dengan koleksi raya yang lebih segar, ringkas dan sesuai digayakan pada hari raya nanti.
“Saya juga teruja kerana dapat berkongsi minat fesyen bersama peminat untuk hari lebaran dan berharap koleksi Creacion Sesuci Lebaran dapat memenuhi permintaan pelanggan.
“Harganya juga berpatutan iaitu bermula dari RM180 dan ke atas. Sesiapa yang gemarkan busana ready-to-wear yang mempunyai sentuhan eksklusif, Creacion adalah pilihan tepat.
“Creacion Sesuci Lebaran 2016 mempunyai dua koleksi istimewa iaitu The Pastel Series dan The Premium Series,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen Creación Sesuci Lebaran 2016 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menariknya , Creación by Siti Nurhaliza merupakan ilham sepenuhnya oleh wanita berusia 37 tahun itu sebagai pengasas Creación bersama pereka jenama tersebut.
“Untuk kesemua koleksi Sesuci Lebaran ini saya terlibat secara keseluruhan bermula daripada proses rekaan, pemilihan fabrik hingga pengeluaran dan pembuatan.
“Busana Aidilfitiri saya juga dinamakan sempena judul lagu yang dinyanyikan saya sendiri,” katanya yang juga pengasas kosmetik SimplySiti.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dengan lagu raya terbaru berjudul Hari Kemenangan sempena lebaran ini.
Gempak
Tue Jun 07 2016

SITI NURHALIZA: Sesiapapun jika ingin berjaya, perlu gigih berusaha. - Foto Instagram @ctdk

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.

PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan

Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.

Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.