DATUK Seri Siti Nurhaliza memberikan khabar gembira buat para peminatnya, Sitizoners dan penggemar muzik apabila memberitahu siap untuk muncul dengan album baru.
Siti, 44, juga mendedahkan sudah merakamkan tujuh buah lagu termasuk runut bunyi filem Anwar The Untold Story, Menjaga Cintamu dan Sehebat Matahari yang didendangkannya pertama kali pada Konsert Satu Suara Vol:3 bersama Jay Jay dan Ernie Zakri.
“Sebenarnya saya sudah merakamkan tujuh buah lagu pada bulan Ramadan lalu, termasuk Menjaga Cintamu dan Sehebat Matahari sementara bakinya masih belum sempat kerana kekangan kerja lain.
“Jika mengikut perancangan, Insya-Allah tahun ini saya akan menerbitkan album baharu dengan 12 buah lagu,” katanya sewaktu ditemui media pada sidang akhbar Konsert Satu Suara Vol: 3 di Hotel Park Royal, semalam.
Menurut Siti, untuk album kali ini beliau bekerjasama dengan ramai komposer muda menjadikan dirinya seperti kembali belajar sesuatu yang baharu memandangkan beliau perlu kedengaran ‘segar’.
Selain komposer baharu, Siti turut mendapat khidmat pesohor seni Indonesia yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini, Melly Goeslaw.
“Saya banyak menyanyikan lagu komposer baharu dalam album ini. Yang seronoknya saya diminta menyanyi dengan gaya lebih fresh atau segar dan ia membuat saya kembali belajar menyanyi.
“Selain itu, saya kembali berkolaborasi dengan Melly yang tidak pernah menolak untuk memberikan karya buat saya,” katanya lagi.
Seiring dengan kelahiran album baharu, mustika hati Malaysia itu turut mengatakan akan melaksanakan konsert solonya pada tahun hadapan.
“Jadi lepas keluar album baharu tahun ini, saya akan adakan konsert solo pada tahun depan. Boleh nyanyi lagu baharu nanti,” ujarnya teruja.
Siti pertama kali merakamkan album solo pada tahun 1996 dengan judul Siti Nurhaliza 1 dan terakhir pada 2020 menerusi ManifestaSITI2020. -- Gempak
Gempak
Tue May 16 2023

Selain komposer baharu, Siti turut mendapat khidmat pesohor seni Indonesia yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini, Melly Goeslaw. - Gempak
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil memohon maaf.

Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.

Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.

'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.

Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.

Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.

'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.

Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.

Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.

Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.