PIHAK pendakwa raya merancang untuk mendapatkan hukuman 10 bulan penjara terhadap pelakon Felicity Huffman.
Ia selepas Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.
Huffman merupakan salah seorang daripada 13 ibu bapa yang mengaku bersalah terlibat dalam skandal tersebut minggu lalu.
BACA: Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti
Satu perjanjian rayuan akan dikemukakan pihak pendakwa raya yang mengesyorkan hukuman paling rendah termasuk bayaran denda AS$20,000 dan 12 bulan seliaan.
Sebagai tambahan kepada hukuman paling rendah, pihak pendakwa tidak akan mendakwa Huffman dengan lebih banyak kesalahan.
Huffman akan dibicarakan semula pada 21 Mei ini.
Terdahulu, Huffman mengaku bersalah kerana terlibat dalam sindiket penipuan bertujuan mendapatkan tempat di salah satu universiti elit di Amerika Syarikat.
Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata dia bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.
Huffman dituduh membayar AS$15,000 atau hampir RM62,000 untuk menukar keputusan peperiksaan anaknya pada 2017.
BACA: Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Apr 17 2019

Bintang 'Desperate Housewives', Felicity Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat. Foto AP
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!

Bintang 'Desperate Housewives' Felicity Huffman dihukum penjara 14 hari, denda
Huffman didapati bersalah atas kesalahan memberi suapan AS$15,000 bagi membolehkan anak perempuannya lulus ujian kelayakan SAT.

Skandal universiti: Felicity Huffman berdepan hukuman penjara 10 bulan
Pihak pendakwa raya merancang untuk mendapatkan hukuman 10 bulan penjara terhadap pelakon, Felicity Huffman.

Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti
Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata akan bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.

Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
Felicity Huffman antara 40 orang yang didakwa terlibat dalam komplot penipuan terbesar berkaitan kemasukan pelajar ke universiti berprestij.