Pelakon kacak Aiman Hakim Ridza mengakui punca jarang tampil di kaca televisyen kerana kecewa dengan penulisan skrip drama yang kurang berkualiti.
Kata Aiman, 29 tahun, kebanyakan skrip drama sekarang masih di takuk lama dan pelakon terpaksa menerima tawaran sedemikian semata-mata untuk menyara hidup.
"Kebanyakan skrip drama sekarang teruk, setiap drama sepatutnya menjadi inspirasi kepada penonton tetapi drama kita tiada ciri-ciri tersebut! Kebanyakannya masih di takuk lama.
"Sebenarnya bukan pelakon yang kayu tetapi penulis skrip dan pengarah itu sendiri.
"Setiap hari saya rasa fed up apabila datang ke set. Skrip drama sebegini membunuh jiwa saya namun harus saya akui pelakon terpaksa menerima tawaran untuk drama sebegini demi menyara kehidupan," katanya.
Aiman yang ditemui pada majlis tayangan eksklusif Pelangi Cinta di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini turut menyeru golongan dramatis untuk membuat perubahan.
"Pelakon tidak seharusnya menerima skrip dan bayaran daripada produser sewenang-wenangnya.
"Berlakon perlu ada common sense, gunakan pengalaman, ilmu dan hati ketika di depan kamera.
"Jangan terlalu angkuh, jika ada kesilapan perlu mengaku dan sama-sama memperbaiki industri ini. Sedihlah kalau mahu gam saya hanya disebabkan perkara sebegini," tambah Aiman. - Teks Amri Hassan/Foto: @aimanhakimridza
Gempak
Fri Jun 08 2018
AIMAN: 'Berlakon perlu ada common sense, gunakan pengalaman, ilmu dan hati ketika di depan kamera.' - Foto Astro GEMPAK
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
Aiman Hakim menangis dapat kejutan Zahirah MacWilson hamil
Video kompilasi perjalanan dari awal Zahirah disahkan hamil cahaya mata pertama dimuat naik semula di akaun TikTok peminat aktres itu.
Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga pada tanggal 20 Februari 2020!
Aiman Hakim, Zahirah nikah Februari 2020
Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.
Belum ada kekasih, Fathia Latiff serah kepada Allah
Pelakon Fathia Latiff akui masih solo selepas hubungan percintaan bersama aktor Aiman Hakim Ridza terputus di tengah jalan.
Kenapa Aiman Hakim bawa Zahirah Macwilson naik belon 'oversea'?
Sama cantik, sama padan!
"Aku tak pernah hutang sesiapa" - Aiman Hakim bidas dakwaan Fathia Latiff
Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.
Skrip drama teruk, bunuh jiwa saya' - Aiman Hakim Ridza
Aktor Pelakon kacak Aiman Hakim Ridza mengakui punca jarang tampil di kaca televisyen kerana kecewa dengan penulisan skrip drama yang kurang berkualiti.
'Saya dan Fathia masih berkawan, cuma ...' - Aiman Hakim Ridza
Pelakon Aiman Hakim Ridza enggan masuk campur urusan yang membabitkan bekas kekasihnya, Nur Fathia.
Jangan mudah percayakan orang - Hanna Delisha
Pelakon Hanna Delisha meluahkan rasa simpatinya terhadap Syafik Kyle yang kini dihimpit kontroversi hebat berhubung penyebaran video lucah yang kini sedang menjadi bualan hangat.
Zaman saya sudah berlalu - Dira Abu Zahar
Dira Abu Zahar menganggap zamannya untuk tampil sebagai seorang pelakon di kaca televisyen dan layar perak telah berlalu.