PELAKON terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Britain, kata agensinya pada Isnin.
Studio HighZium melaporkan, bintang berusia 37 tahun itu telah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan selama kira-kira setahun dan mereka berkenalan melalui seorang rakan.
"Song sedang dalam proses mengenali wanita itu. Itu sahaja yang kami boleh kongsikan," kata agensi tersebut.
Awal hari ini, sebuah akhbar Korea Selatan melaporkan wanita itu berkewarganegaraan British dan tidak terbabit dengan industri hiburan.
Dia dikatakan menemani Song ke sidang media siri drama fantasi Reborn Rich di Singapura pada 7 Disember lalu.
Song pernah berkahwin dengan pelakon Song Hye-kyo pada 2017, selepas berkenalan ketika membintangi drama bersiri Descendants of the Sun.
Perkahwinan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada Jun 2019.
Agensi
Mon Dec 26 2022

Song Joong-ki kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Britain. - Instagram/@hi_songjoongki
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bintang Vincenzo, Song Joong-ki umum kelahiran anak lelaki
Song mengumumkan kelahiran bayi lelaki itu dengan memuat naik sekeping foto di laman sosial.

Song Joong-ki umum kahwini wanita British, isteri hamil anak sulung
Baru sahaja mengumumkan menjalin hubungan dengan seorang wanita British bulan lalu, pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki hari ini sekali lagi mengejutkan peminat.

Song Joong-ki jalin hubungan dengan wanita British
Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Britain, kata agensinya pada Isnin.

COVID-19: Song Joong-ki jalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat
Song yang menjadi pelakon utama K-drama Vincenzo itu, dilaporkan sedang menjalani penggambaran dalam filem Bogota.

Siri 'Descendants of the Sun' berakhir, peminat tarik nafas lega
'Descendants of the Sun' buat masa ini disifatkan drama bersiri paling berjaya di Korea, apabila berjaya mencatat lebih 30 peratus tontonan.