KISAH Cef Ammar dan nasi arab jualannya masih lagi basah meniti di bibir netizen. Tidak cukup dengan isu harga yang dikenakan dibincangkan sebagai terlalu mahal, malah Cef Ammar terpaksa pula berdepan dengan pengguna yang memberi cadangan untuk tidak menjual nasi arab lebih daripada 10 bungkus kepada seorang pelanggan.
Kedua-dua isu ini mendapat sorotan yang cukup besar dalam kalangan netizen, terutama penggemar makanan dan pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ4.
Dan sekali lagi, nama Cef Ammar viral di media sosial apabila seorang pelanggan dikatakan memahari kakitangan gerai di bazar Ramadan apabila memberi keutamaan kepada wanita mengandung untuk membeli makanan jualannya.
Seorang pelanggan yang sempat merakam insiden Cef Ammar naik hantu memuat naik video tersebut di TikTok dengan kapsyen: “Ada customer biadap marah staf Cef Ammar sebab beri keutamaan kepada wanita mengandung. Kesian staff tu. Terbaik Cef Ammar, kasi ajar sikit orang biadap,” tulisnya.
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran Cef Ammar mempertahankan pendiriannya tentang keutamaan yang diberikan oleh mana-mana tempat kepada wanita yang sedang hamil.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap insiden yang berlaku. Rata-rata melahirkan rasa kasihan terhadap Cef Amar kerana terpaksa berdepan dengan karenah aneh orang awam.
“Kesianlah aku dengan Cef Ammar ni. Macam-macam karenah nak hadap. Yang tak boleh beratur lama-lama, yang jenis complain nasi mahal, yang ni pulak jenis tak sabar sampai takda empathy. Pelik aku, bulan-bulan puasa ni keluar habis perangai setan ek?” tulis seorang pengguna Twitter.
“Asal makin bodoh eh some Malaysians? Takda nilai sympathy ke? Aku tak nak ambil port hal ni tapi makin lama makin macam bodoh je perangai some Malaysians ni… haih sedih,” luah seorang netizen.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mencadangkan supaya Cef Ammar berniaga di kawasan lain pada tahun akan datang.
“Next year bulan Ramadan Cef Ammar kena cari tapak berniaga tempat lainlah, tak pun luar negeri Selangor pun takpa juga sebab makin kurang ajar dah orang kita ni adab langsung tak ada. Pleaselah respect orang bulan-bulan puasa ni… orang tu penat-penat masak nak menjual korang boleh maki lagi ada lah,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Gempak
Thu Apr 14 2022

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran Cef Ammar mempertahankan pendiriannya tentang keutamaan yang diberikan oleh mana-mana tempat kepada wanita yang sedang hamil.- Foto Twitter@brgsjks
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.