KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 5 Mei untuk mengetahui status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, memaklumkan pihaknya akan mengemukakan representasi itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Pihak pembelaan akan menghantar representasi itu kepada AGC. Oleh demikian, kami memohon satu tarikh untuk kami menghantar representasi tersebut dan menunggu keputusan (representasi) itu," katanya semasa sebutan kes itu yang hadir bersama seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan hari ini dan perkara itu disahkan oleh peguam Mohamed Baharuden.
Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.
Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui media, Abu Bakar berkata pihaknya akan memfailkan representasi itu dalam masa dua minggu selepas meneliti segala dokumen berkaitan pertuduhan tersebut.
"Pihak kami akan memfailkan representasi itu dan draf representasi telah pun siap. Pihak kami antaranya memohon agar pertuduhan digugurkan atau memohon satu bon untuk anak guam jika dibenarkan," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Pelakon Sharnaaz Ahmad ketika ditemui pemberita selepas sebutan kes pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lepas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak
Selebriti tempatan, Sharnaaz Ahmad, diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.
Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan
Nabila menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’
Sharnaaz berkata, meskipun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.
Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
Sharnaaz kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan ditangguh.
Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov
Mahkamah menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan.
Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.
Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.
Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.